Ikhwan bergerak secara sulit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ikhwan bergerak secara sulit

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ikhwanbergeraksecarasulit/Article

Kaherah: Kumpulan Ikhwanul Muslimin kembali bergerak secara rahsia, selepas kerajaan sementara Mesir mengambil tindakan keras, menyuraikan perhimpunan menyokong Presiden Mohamed Morsi di dua lokasi utama di Kaherah 14 Ogos lalu.

Sejak tentera kembali berkuasa sebagai kerajaan sementara, kebanyak anggota Ikhwanul Muslimin mengelak menggunakan internet atau telefon bimbit manakala sebahagiannya berpindah rumah. 
Kerajaan Mesir menahan ramai pemimpin kumpulan itu dan secara berkesan melumpuhkan pergerakannya dengan menghapuskan struktur kepemimpinannya. 


Sumber keselamatan menyatakan lebih 2,000 anggota Ikhwanul Muslimin sudah ditahan sejak 12 hari lalu, tetapi peguam yang rapat dengan kumpulan itu Ismail Wishahi berkata lebih 8,000 aktivis kini dipenjarakan.

Peguam Ikhwanul Muslimin, Mohammed Gharib berkata, pemimpin kanan kumpulan itu, Mohammed Badie, 70, dibelasah polis ketika ditahan polis selain dimaki hamun. Beliau juga ditumbuk di muka menyebabkan gigi palsunya hancur.

Beliau berkara Badie enggan mengiktiraf kerajaan sementara sokongan tentera selepas Morsi disingkirkan dan tidak mahu menjawab sebarang soalan ketika disoal siasat di penjara minggu lalu.

Ditahan di lokasi rahsia 
Morsi sendiri kini ditahan di sebuah lokasi yang dirahsiakan dan pihak berkuasa mendakwa beliau bersama anggota Ikhwanul Muslimin terbabit dengan kematian penunjuk perasaan.

Keadaan ini memaksa kami kembali kepada cara lama yang tidak lagi diamalkan iaitu bergerak secara rahsia. Kami tidak lagi menggunakan telefon bimbit dan internet kerana ia membolehkan kami dikesan pihak berkuasa, kata aktvis kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Aisha dari Iskandariah.

Beliau berkata, bapanya yang juga seorang anggota Ikhwanul Muslimin kini menyembunyikan diri, berikutan bimbang ditangkap pihak berkuasa selepas polis menyuraikan tunjuk perasaan yang mengorbankan beratus-ratus nyawa.

Keadaan sekarang lebih dahsyat berbanding ketika era Hosni Mubarak, kerana selain keganasan polis, orang ramai juga melayan kami dengan buruk, katanya.
AFP
0 Komentar untuk "Ikhwan bergerak secara sulit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI