Hadi akui kurang sihat, perlu banyak rehat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Hadi akui kurang sihat, perlu banyak rehat

Kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui keadaan kesihatannya tidak begitu baik kebelakangan ini, lapor lidah rasmi parti itu, Harakahdaily.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam, selepas membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Menurut portal berita itu, tubuh badan beliau kelihatan sedikit susut berbanding biasa, malah ketika berbahas sebelumnya, suaranya sering tersekat-sekat dan hanya berbahas tidak lebih 10 minit.

Ditanya sama ada beliau masih aktif memenuhi jemputan ceramah parti pada waktu malam, beliau berkata ia tidak sekerap dulu.
"Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada Mei lalu, Hadi dikejarkan ke hospital Istanbul di Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika dalam rangka menghadiri program di negara itu.

Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau aktif seperti biasa. – 11 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-akui-kurang-sihat-perlu-banyak-rehat#sthash.Bkb2zGoM.dpuf
0 Komentar untuk "Hadi akui kurang sihat, perlu banyak rehat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI