SETELAH menghasilkan berpuluh filem seram, kini Metrowealth (MIG) sekali lagi tampil dengan sebuah filem seram, Kelibat.
Istimewanya filem Kelibat, dihasilkan setelah mengkaji filem-filem seram yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Merupakan filem ke-97 terbitan MIG, Kelibat diarahkan oleh Hashim Rejab yang sebelum ini tampil cemerlang menerusi filem seram, Nasi Tangan.
Dijayakan oleh pelakon berbakat besar seperti Fauzi Nawawi, Ellie Suriaty dan Ruminah Sidek, filem ini juga turut melihatkan gandingan pelakon baru yang sedang meningkat naik, Atikah Suhaime dan Nizam Zaidi, serta kemunculan adik Nur Qistina.
Kelibat membawa penonton melayari kehidupan keluarga Kamal (Fauzi) dan Kalin (Ellie) bersama anak mereka, Azhari (Nizam), Azalia (Atikah) dan Azmira (Qistina) yang di bawa Kamal kononnya untuk bercuti ke sebuah resort.
Namun sebenarnya, perniagaan Kamal menghadapi masalah, sehingga membuatkan banglonya dilelong dan dia jatuh muflis. Tujuan Kamal membawa keluarganya ke resort terbabit adalah untuk mengajar mereka menguruskan hidup sendiri tanpa bantuan orang gaji.
Selain itu, Kamal juga kini terpaksa lari setelah di buru Ah Long.
Sebaik mengetahui perkara sebenar, keluarga Kamal mula porak-peranda apabila Kalin meminta cerai dan anak-anaknya bersikap biadab dengan memarahi Kamal.
Namun bukan itu sahaja masalah yang timbul, sejak malam pertama mereka di resort terbabit, mereka sering sahaja diganggu oleh kelibat misteri yang menyeramkan.
Kelibat tersebut bukan sahaja muncul di depan mata mereka malah turut muncul dalam telefon bimbit mereka.
Menjalani penggambaran di sebuah resort yang tampak usang di Hulu Langat, sememangnya memberi mood seram kepada filem ini.
Di tambah pula dengan teknik pencahayaan dan kesan bunyi yang pastinya membuat penonton tidak senang duduk.
Gandingan baru, lama
Selain itu, meletakkan gandingan lama dan baru di dalam filem ini ternyata sebuah pilihan yang bertepatan.
Mengapa penulis katakan begitu? Kerana keberkesanan lakonan Fauzi dan Ellie dalam mana-mana filem atau drama lakonan mereka sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kedua-dua mereka berjaya mengemudi watak Kamal dan Kalin dengan baik sekali, lebih-lebih lagi Fauzi yang membawa watak sebagai ketua keluarga yang ditimpa pelbagai masalah.
Selain itu, lakonan Atikah dan Nizam pula sebagai anak yang kurang ajar, berjaya dijayakan dengan berkesan sekali.
Pendek kata, tatkala melihat lakonan mereka akan membuatkan penonton rasa marah dengan sikap mereka yang biadab dengan orang tua sendiri.
Malah walaupun mereka masih baru, tapi mereka berjaya menutup faktor pengalaman itu sebaik bergandingan dengan pelakon 'otai'.
Perkembangan plot terganggu
Namun kelebihan lokasi penggambaran, pelakon hebat dan jalan cerita yang baik, nampaknya tidak cukup memberi kepuasan kepada penulis.
Kerana ada ketikanya, penulis rasakan babak seram tidak disampaikan dengan baik sehingga ia menjejaskan mood seram.
Ada ketikanya pula, penulis rasa ada babak yang seperti tidak begitu kena atau sesuai dengan jalan cerita.
Bagaimanapun mujur solekan dan kesan bunyi banyak membantu memberi rasa terkejut dan seram, jika tidak, ia mungkin menjadi sebuah filem cereka sahaja.
Namun bagi anda yang meminati filem seram, rasanya masih berbaloi untuk anda menonton filem terbaru MIG ini di pawagam, dan dapatkan sendiri jawapan kepada masalah keluarga ini dan apakah kelibat yang mengganggu mereka?

0 Komentar untuk "Bila kelibat menghantui..."