Bukti PAS tidak melatah macam UMNO dalam isu SIS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bukti PAS tidak melatah macam UMNO dalam isu SIS


Komentar"Tahniah buat beberapa ahli PAS yang tidak melatah dalam menangi isu SIS, sebagaimana yang dilakukan oleh sebilangan ahli UMNO yang suka membodek dan kurang berfikir.
Bagi saya, situasi FAKTA yang mengharamkan Sister in Islam (SIS) ini telah membuktikan bahawa sebilangan ahli politik PAS dan juga PKR semakin bijak berpolitik dan tidak melatah, berbanding dengan sebilangan ahli politik UMNO.

Mengapa saya katakan begini? Saya merasakan, ahli PAS dan ahli PKR telah lama tidak suka kepada SIS ini dan banyak kali mereka ketengahkan agar SIS ini di hapuskan dan diharamkan terus. Tetapi, banyak kali juga saranan mereka ini telah tidak diperdulikan oleh pihak Kerajaan dan juga badan-badan kerajaan yang ber 'boss' kan kaki pembodek dan pengampu 'kerajaan BN'. Malahan bila, perkara ini dibangkitkan, pihak membodek SIS yang dianggotai dan dipimpin oleh kebanyakkan para elitis dan bangsawan UMNO ini, akan melenting dan memarahi PAS kembali, sehinggakan PAS perlu minta maaf dan sebagainya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/06/14/khalid-bukan-niat-pas-gesa-sis-diharamkan/
Kini, ada ahli PAS telah bermain bijak, dengan menggunakan tektik 'memperli' atau 'sarkastik' dalam isu ini. Mereka cuba pula 'meyokong' dan 'menggesa' agar Fatwa pengharaman keatas SIS oleh MAIS di nilai semula? Kita tengok pula reaksi pembodek-pembodek UMNO, apabila perkara ini disuarakan oleh parti 'pembankang' mereka. Melenting macam cacing kepanasan. Walhal, dari dulu tak serik-serik mengipas SIS.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/07/mp-pas-fatwa-sis/

Sebenarnya, isu FATWA ini telah lama disuarakan oleh ahli-ahli PAS akan kebersanannya, dan mudah-mudahan dengan melakukan 'tektik memperli' ini, FATWA dari badan kerajaan akan diambil berat dan dinaik-taraf menjadi 'undang-undang', dan bukan sekadar menjadi undang-undang 'melepas batok ditangga'.

Contoh yang paling ketara, FATWA pengharaman MEROKOK.

Adakah ramai melayu islam yang memperdulikan FATWA ini?
Masih ramai muslim yang merokok tanpa segan silu, dan ada pula dikalangan ustaz-ustaz sebegitu.

Jadi? Apakah peranan FATWA ini? Itu yang telah lama disuarakan oleh banyak ahli PAS dan pemimpin PAS, akan keberkesanan FATWA ini. Ianya seolah-olah seperti 'cakap-cakap kosong' sahaja, selagi ianya tidak dinaik-taraf menjadi 'undang-undang' didalam perlembagaan.

Begitu jua dengan 'mahkamah syariah' yang boleh ditidakkan keputusan mereka oleh 'mahkamah sivil.

Jadi? Fikir-fikirkanlah. Jangan asyik dok melenting macam cacing kepanasan, tanpa berfikir jauh.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 mat_sempoi
0 Komentar untuk "Bukti PAS tidak melatah macam UMNO dalam isu SIS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI