‘Uzur’ halang Azizah jadi calon MB, kata peguam Umno - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

‘Uzur’ halang Azizah jadi calon MB, kata peguam Umno

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2014.
Faktor 'keuzuran' menjadi halangan besar buat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata peguam Umno‎, Datuk Hafarizam Harun.

Beliau berkata, Wan Azizah sebagai seorang wanita, jika berada dalam keadaan uzur, akan menghadapi kesukaran terutamanya ketika berada dalam majlis membabitkan Sultan Selangor.

"Banyak halangan jika perlu mengiringi sultan dalam majlis keagamaan.

"Walaupun undang-undang negeri tidak menghalang seseorang menteri besar dilantik daripada kalangan wanita, tetapi kemungkinan berlaku kerumitan jika beliau dalam keadaan sedemikian," katanya dipetik akhbar New Straits Times.
Artikel 51(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyatakan menteri besar perlu dilantik dari kalangan Melayu dan beragama Islam.

Walaupun peruntukan itu tidak menyatakan secara khusus mengenai jantina, namun tradisi sejarah sejak merdeka tidak pernah melantik seorang wanita sebagai menteri besar Selangor.

Pendapat Hafarizam itu disokong pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Aziz, apabila berkata secara teknikalnya, menteri besar wanita sukar untuk mengiringi Sultan dalam majlis rasmi kerana terpaksa duduk berasingan.

"Tidak ada perincian khas dalam peruntukan negeri yang menghalang wanita menjadi menteri besar kerana syarat utamanya perlu Melayu dan beragama Islam.

"Tetapi kita juga perlu lihat dari sudut aspek sensitiviti dan pantang larang dalam masyarakat sebelum bersedia melantik wanita menjadi menteri besar," katanya.

Wan Azizah disebut-sebut antara calon terdekat bakal dilantik menggantikan Khalid tidak lama lagi, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, iaitu sebahagian agenda "Langkah Kajang".

Langkah Kajang pada mulanya mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih Selangor daripada Khalid, namun gagal apabila Ketua Umum PKR itu berdepan risiko hukuman penjara ekoran kes Liwat II, selain dikatakan tidak "direstui" PAS jika menjadi ketua eksekutif negeri itu.

Wan Azizah menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac lalu, dengan memperolehi 16,741 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun (11,362 undi). – 15 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/uzur-halang-azizah-jadi-calon-mb-kata-peguam-umno#sthash.jAjDG2xB.dpuf
0 Komentar untuk "‘Uzur’ halang Azizah jadi calon MB, kata peguam Umno"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI