SUNGAI SIPUT - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, pemerintahan dan pentadbiran yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam tadbir urus dapat membangunkan ummah serta negara yang sentiasa mendapat reda Ilahi.
Baginda bertitah dengan berlandaskan al-Quran, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah ALLAH SWT.
“Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.
“Dengan keinsafan setiap perkataan diucapkan dan perbuatan akan dicatat malaikat yang bertugas, dijadikan bahan bukti di Mahkamah Pengadilan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di padang mahsyar,” titah baginda, semalam.
Pada majlis itu baginda turut bersama-sama meraikan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak dan merasmikan Masjid Al-Ghufraniah.
Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.
Baginda mengingatkan rakyat bahawa setiap perkataan yang diucap serta perbuatan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada keadilan sama ada di dunia atau akhirat.
Justeru itu, Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu berani dan bersedia melakukan pembaharuan serta perekayasaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran supaya roh kitab suci itu berjaya disemai dalam jiwa sekali gus menghargai al-Quran sebagai panduan.
Titah baginda, ini memandangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diamalkan majoriti umat Islam ketika ini mungkin antara faktor yang menyebabkan kurangnya pemahaman serta penghayatan selain aspek apresiasi dan aplikasi roh al-Quran dalam hidup insan kurang terserlah.
“Anak-anak diasuh sekadar boleh membaca, didorong berlumba untuk segera dapat dikhatamkan. Ada yang digarap potensinya hingga diangkat ke status qari dan qariah terkenal kerana kehebatan cara bacaan dan merdu suaranya.
Ada yang berupaya menghafal ayat-ayat untuk kegunaan bersolat dan berzikir, ada yang mendapat rahmat menghafal seluruh kandungan al-Quran,” titah baginda.
Titah baginda hanya sebahagian kecil yang melanjutkan pengajian ke peringkat menghafal sementara bilangan yang benar-benar memahami, menghayati dan berupaya memberikan apresiasi sehingga ke peringkat menerapkan roh al-Quran dalam budaya kerja dan budaya hidup adalah lebih kecil.
“Jika mutiara berharga terkandung di dasar al-Quran itu mahu ditemui untuk dijadikan pakaian insan, amatlah perlu pengajaran al-Quran memberikan tumpuan lebih utama kepada aspek fahaman, penghayatan, aspresiasi dan amalan,” titah baginda.

0 Komentar untuk "Jadikan al-Quran rujukan urus tadbir"