KERAJAAN digesa mempercepatkan pelaksanaan caj permit ke atas kenderaan asing (VEP) yang masuk melalui sempadan negeri ini dengan kadar yang lebih wajar sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap kenderaan.
Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhudan Hassan berkata, kerajaan perlu mengenakan kadar relevan berikutan kadar mata wang asing lebih tinggi berbanding negara ini.
“Kalau saya jadi kerajaan dah lama saya laksanakan caj ini, kerajaan perlu laksanakannya segera dan lihat kadar yang relevan kerana nilai mata wang asing tinggi dari kita.
“Saya setuju dengan caj RM100 itu dan kita sebenarnya boleh kenakan caj lebih tinggi kerana mereka (pengunjung asing) banyak gunakan kemudahan negara ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi, menggesa kerajaan menjalankan kajian terperinci bagi menentukan kadar caj permit yang wajar ke atas kenderaan asing sebelum langkah itu dilaksanakan sepenuhnya.
“Saya menyambut baik cadangan pelaksanaan caj permit ke atas kenderaan asing, namun kajian lebih mendalam perlu dilakukan supaya caj yang wajar dikenakan.
“Kita perlu lihat apakah kesannya secara menyeluruh terutamanya pertumbuhan ekonomi, kita tidak boleh kenakan caj hanya kerana negara lain mahu naikkan caj ke atas rakyat kita yang datang ke negara mereka,” katanya.
Shu Qi yang juga Adun Senai berkata, hasil kutipan caj permit yang bakal dikenakan perlu digunakan bagi memperkasakan sistem pengangkutan awam di Johor.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Dr Boo Cheng Hau berkata, pelaksanaan caj itu tidak wajar diteruskan sebaliknya menggesa Singapura menghapuskan caj permit itu bagi mengurangkan beban rakyat di kedua-dua negara.
“Untuk atasi masalah kesesakan, lebih wajar pengangkutan awam seperti bas dan LRT (sistem transit aliran ringan) di Singapura dan Malaysia ditambah baik,” katanya.

0 Komentar untuk "Perlu percepat permit ke atas kenderaan asing"