SENAI – Cadangan caj RM100 oleh Pemuda Umno negeri bagi kenderaan asing yang memasuki negara ini melalui pintu sempadan negeri adalah nilai yang minimum dan berpatutan.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R Vidyanathan berpendapat nilai berkenaan berpatutan dan tidak memberi kesan kepada kenderaan asing khususnya dari Singapura memasuki Malaysia.
Menurutnya, kadar caj yang bakal dikenakan bergantung pada budi bicara kerajaan dan beliau percaya ia tidak akan membebankan rakyat Singapura khususnya serta tidak menghalang mereka berkunjung ke negara ini.
“Saya bersetuju dengan pelaksanaan caj levi ini tetapi perlu melihat kategori tertentu kerana rakyat Malaysia juga berulang-alik dari Singapura ke Johor dan sebaliknya kerana bekerja di negara tersebut, jadi kita khuatir akan membebankan mereka pula.
“Saya kira ia tidak menjejaskan rakyat Singapura untuk berkunjung ke Malaysia melalui Johor. Kadar tersebut juga minimum kerana ramai rakyat Malaysia sanggup memperuntukkan sejumlah nilai yang tinggi untuk memiliki hartanah di sini,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, di peringkat permulaan caj yang dikenakan perlu berpatutan.
Menurutnya, beliau bersetuju sekiranya ia dilaksanakan dan peringkat permulaan mungkin kadar yang dikenakan berpatutan dan kemudian boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan kajian terlebih dahulu.
“Lagipun rakyat asing yang datang ke negara kita khususnya Singapura bukanlah setiap hari mereka datang. Ini saya kira cadangan yang bagus dan sewajarnya dilaksanakan. Jadi, di peringkat permulaan, caj hendaklah berpatutan.
“Pelaksanaannya juga tidak menjejaskan sektor pelancongan kerana pelancong yang hendak bercuti ke mana-mana pun pasti tidak berkira sangat,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, isu kadar yang bakal dikenakan ke atas kenderaan asing adalah perkara kedua, namun penguatkuasaannya perlu dilaksanakan segera.
“Tentang isu bayaran yang bakal dikenakan hendaklah dilakukan kajian terperinci. Ia bukan setakat terhadap mereka yang masuk Malaysia melalui Johor sahaja bahkan di negeri-negeri lain,” katanya.

0 Komentar untuk "Caj levi tidak jejas sektor pelancongan"