Piala Dunia: Gol Goetze beri Jerman gelaran keempat atasi Argentina di final - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Piala Dunia: Gol Goetze beri Jerman gelaran keempat atasi Argentina di final

JERMAN 1 (Mario Goetze, m-113), ARGENTINA 0


RIO DE JANEIRO: Pemain gantian Jerman, Mario Goetze menolak masuk kemas satu jaringan cantik tujuh minit sebelum tamat masa tambahan untuk membantu pasukan menewaskan Argentina 1-0 dalam final untuk menjulang trofi Piala Dunia di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi. 
Ini adalah mahkota kejuaraan kali keempat untuk jagoan Eropah yang memenanginya hasil satu kelekaan benteng Argentina yang sehingga detik itu bermain baik menandingi baik lawan.

Perlawanan ini seperti mahu menuju ke penentuan sepakan penalti sehingga Andre Schuerrle berjaya mencuri bola dari sayap kiri sebelum melambungkan kepada Goetze yang mengawal bola dengan dada sebelum merembat masuk gol penting Jerman.

Jerman mendominasi kawalan bola tetapi Argentina turut memiliki beberapa peluang termasuk satu yang terhidang depan mata pada minit ke-20 apabila tandukan ke belakang oleh Tony Kroos memberi ruang kepada Gonzalo Higuain membuat penyudahan baik tapi dia menyepak liar.

Lionel Messi bergelut dalam perlawanan dengan kawalan ketat manakala pemain gantian, Rodrigo Palacio nyaris meletakkan pasukan di hadapan dalam babak awal masa tambahan tetapi Jerman akhirnya muncul pasukan pertama Eropah memenangi Piala Dunia di benua Amerika. - Reuters

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PialaDunia_GolGoetzeberiJermangelarankeempatatasiArgentinadifinal/pialadunia/Article/index_html
0 Komentar untuk "Piala Dunia: Gol Goetze beri Jerman gelaran keempat atasi Argentina di final"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI