SUNGAI SIPUT - Pemerintahan dan pentadbiran yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama serta kompas dalam tadbir urus dapat membangunkan ummah serta negara yang sentiasa memperoleh rahmat dan reda Ilahi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah dengan berlandaskan kitab suci itu, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah Allah.
"Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, wajib dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.
"Dengan keinsafan bahawa setiap perkataan yang diucapkan dan setiap perbuatan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang bertugas, dijadikan bahan bukti di Mahkamah Pengadilan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di padang mahsyar," titah baginda di sini hari ini.
Pada majlis itu baginda turut bersama-sama meraikan sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak dan merasmikan Masjid Ghufraniah di sini.
Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.
Baginda mengingatkan seluruh rakyat bahawa setiap perkataan yang diucap serta perbuatan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada keadilan sama ada di dunia atau akhirat.
Justeru itu, Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu berani dan bersedia melakukan pembaharuan serta perekayasaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran supaya roh kitab suci itu berjaya disemai dalam jiwa sekali gus menghargai al-Quran sebagai sumber utama untuk dijadikan panduan.
Titah baginda ini memandangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diamalkan oleh majoriti umat Islam ketika ini mungkin antara faktor yang menyebabkan kurangnya pemahaman serta penghayatan selain aspek apresiasi dan aplikasi roh al-Quran dalam hidup insan kurang terserlah.
"Anak-anak diasuh sekadar boleh membaca, anak-anak didorong berlumba untuk segera dapat dikhatamkan. Ada yang digarap potensinya hingga diangkat ke status qari dan qariah terkenal kerana kehebatan cara bacaan dan merdu suaranya. Ada yang berupaya menghafal ayat-ayat untuk kegunaan bersolat dan berzikir, ada yang mendapat rahmat menghafal seluruh kandungan al-Quran," titah baginda.
Titah baginda hanya sebahagian kecil yang melanjutkan pengajian ke peringkat menghafal sementara bilangan yang benar-benar memahami, menghayati dan berupaya memberikan apresiasi sehingga ke peringkat menerapkan roh al-Quran dalam budaya kerja dan budaya hidup adalah lebih kecil.
"Jika mutiara berharga yang terkandung di dasar al-Quran itu mahu ditemui untuk dijadikan pakaian insan, amatlah perlu pengajaran al-Quran memberikan tumpuan lebih utama kepada aspek fahaman, penghayatan, aspresiasi dan amalan," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah bertitah pengajaran dan pembelajaran al-Quran perlu mengatasi peringkat ritualisme, merentasi tahap bacaan dan hafalan selain menegaskan aspek-aspek pemahaman, penghayatan, apresiasi dan aplikasi.
"Pengajian dan pembelajaran al-Quran tidak harus terhenti selepas tamat membaca 30 juzuk, tetapi hendaklah disemaikan budaya mempelajari al-Quran sepanjang waktu, sepanjang hayat," titah baginda.
Titah baginda pemahaman dan penghayatan kepada inti pati al-Quran diharap dapat melahirkan muslimin dan muslimat sejati yang dapat membawa ummah dannegara sentiasa dilimpahi keredaan dan rahmat Ilahi. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jadikan-al-quran-rujukan-utama-pemerintahan-1.299617Baginda bertitah dengan berlandaskan kitab suci itu, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah Allah.
"Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, wajib dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.
"Dengan keinsafan bahawa setiap perkataan yang diucapkan dan setiap perbuatan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang bertugas, dijadikan bahan bukti di Mahkamah Pengadilan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di padang mahsyar," titah baginda di sini hari ini.
Pada majlis itu baginda turut bersama-sama meraikan sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak dan merasmikan Masjid Ghufraniah di sini.
Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.
Baginda mengingatkan seluruh rakyat bahawa setiap perkataan yang diucap serta perbuatan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada keadilan sama ada di dunia atau akhirat.
Justeru itu, Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu berani dan bersedia melakukan pembaharuan serta perekayasaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran supaya roh kitab suci itu berjaya disemai dalam jiwa sekali gus menghargai al-Quran sebagai sumber utama untuk dijadikan panduan.
Titah baginda ini memandangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diamalkan oleh majoriti umat Islam ketika ini mungkin antara faktor yang menyebabkan kurangnya pemahaman serta penghayatan selain aspek apresiasi dan aplikasi roh al-Quran dalam hidup insan kurang terserlah.
"Anak-anak diasuh sekadar boleh membaca, anak-anak didorong berlumba untuk segera dapat dikhatamkan. Ada yang digarap potensinya hingga diangkat ke status qari dan qariah terkenal kerana kehebatan cara bacaan dan merdu suaranya. Ada yang berupaya menghafal ayat-ayat untuk kegunaan bersolat dan berzikir, ada yang mendapat rahmat menghafal seluruh kandungan al-Quran," titah baginda.
Titah baginda hanya sebahagian kecil yang melanjutkan pengajian ke peringkat menghafal sementara bilangan yang benar-benar memahami, menghayati dan berupaya memberikan apresiasi sehingga ke peringkat menerapkan roh al-Quran dalam budaya kerja dan budaya hidup adalah lebih kecil.
"Jika mutiara berharga yang terkandung di dasar al-Quran itu mahu ditemui untuk dijadikan pakaian insan, amatlah perlu pengajaran al-Quran memberikan tumpuan lebih utama kepada aspek fahaman, penghayatan, aspresiasi dan amalan," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah bertitah pengajaran dan pembelajaran al-Quran perlu mengatasi peringkat ritualisme, merentasi tahap bacaan dan hafalan selain menegaskan aspek-aspek pemahaman, penghayatan, apresiasi dan aplikasi.
"Pengajian dan pembelajaran al-Quran tidak harus terhenti selepas tamat membaca 30 juzuk, tetapi hendaklah disemaikan budaya mempelajari al-Quran sepanjang waktu, sepanjang hayat," titah baginda.
Titah baginda pemahaman dan penghayatan kepada inti pati al-Quran diharap dapat melahirkan muslimin dan muslimat sejati yang dapat membawa ummah dannegara sentiasa dilimpahi keredaan dan rahmat Ilahi. - Bernama
0 Komentar untuk "Jadikan al-Quran rujukan utama pemerintahan"