HUJUNG Dunia bukan lagi karya asing malah ia juga merupakan antara lagu yang sering menjadi pilihan stesen radio tempatan.
Walaupun lagu itu telah pun menjadi siulan ramai pendengar namun masih ramai yang tidak mengenali penyanyinya yang dikenali sebagai Hanie Soraya.
Ketika ditemui baru-baru ini, penuntut sarjana muda jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir ini berkongsi perasaan gembira dan teruja apabila single pertamanya yang mendapat sambutan hangat di negara ini.
“Alhamdulillah, saya gembira dan tidak pernah sangka lagu ini diterima baik oleh penggemar muzik tempatan.
“Saya benar-benar terkejut kerana ketika ia mula dimainkan di radio, saya berada di Mesir tambahan pula saya sendiri belum pernah dengar lagu ini.
“Selepas beberapa bulan di mainkan di radio, barulah saya dapat dengar sendiri itu pun menerusi Youtube,” katanya.
Disebabkan namanya masih belum dikenali, ada yang menganggap Hujung Dunia adalah nyanyian Amy Mastura memandangkan suara mereka seakan serupa.
“Kalau ada orang cakap suara saya macam dia, saya amat berbesar hati sebab Amy Mastura juga antara penyanyi yang hebat dan popular sekitar 90 an.
“Lagi pun saya juga dibesarkan dengan lagu-lagu nyanyiannya. Jadi saya bangga dan tidak kisah dengan komen itu,” ujarnya.
Utama pelajaran
Dalam pada itu, anak didik Faizal Tahir ini memberitahu sebagai seorang pelajar fokus utamanya adalah pengajiannya yang bakal berakhir empat tahun lagi.
“Jika diberi pilihan antara kerjaya sebagai seorang doktor atau penyanyi saya mahu kedua-duanya. Saya percaya selain bergelar doktor, muzik juga mampu menjadi penawar dan saya mahu mengubati orang lain dengan kedua-duanya.
“Tapi buat masa ini, fokus utama saya adalah pengajian dan hanya masa terluang saya akan penuhkan dengan aktiviti nyanyian,” jelasnya panjang lebar.
Dalam perkembangan terbaru, Hanie memberitahu dia yang sedang menjalani cuti semester sedang sibuk merakamkan lagu terbaru yang turut dihasilkan komposer hebat iaitu Faizal Tahir, Omar K dan Mike Chan.

0 Komentar untuk "Hanie Soraya klon Amy Mastura?"