SAMBUTAN Hari Guru yang disambut setiap tahun pada 16 Mei sebenarnya tidak cukup untuk memberi penghargaan kepada guru-guru di negara ini kerana sumbangan mereka di dalam pendidikan begitu besar.
Menyedari besarnya pengorbanan dan jasa guru-guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengubah pendekatan bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini dengan disesuaikan dengan tema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
Ikuti wawancara khas dengan Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Idris Ramli bersama Sinar Harian Perak tentang kelainan yang dibawa untuk sambutan tahun ini selain harapannya kepada pendidik bersempena Hari Guru pada tahun ini.
Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun dengan tema yang berbeza-beza. Kali ini, tema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Transformasi menjadi pilihan. Apa pandangan tuan tentang tema kali ini.
Kita melihat tema ini sangat baik dan cukup signifikan kepada guru-guru. Selain mendidik dan melahirkan modal insan cemerlang dalam akademik, guru-guru harus menjadi pencetus kepada kreativiti ini. Oleh itu kita akan mulakan kreativiti ini sempena dengan Hari Guru.
Apabila kreativiti ini sudah dimulakan di peringkat guru, secara tidak langsung ia akan melahirkan pelajar yang kreatif seterusnya akan menghasilkan pelbagai inovasi.
Difahamkan sambutan Hari Guru di Perak kali ini mempunyai kelainan selaras dengan tema yang diilhamkan. Boleh tuan jelaskan?
Kelainan yang kita lakukan ini tercetus dari program Pra pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang sudah pun dibuat baru-baru ini di Kuala Lumpur. Untuk itu, saya terfikir, apa salahnya jika di Perak adakan juga Pra pelancaran Hari Guru ini bertujuan memulakan aktiviti sebelum kemuncak sambutan sama ada di peringkat sekolah, peringkat daerah mahupun peringkat negeri.
Jadi, pada 9 Mei lalu, kita sudah adakan Majlis Pra pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelapang Jaya yang disempurnakan Adun Manjoi, Mohammad Ziad Mohamed Zainal Abidin. Kita mahu selepas pra pelancaran itu, pelbagai aktiviti dan program sudah dibuat di peringkat sekolah dengan lebih awal.
Pada majlis pra pelancaran itu juga, kita telah lancarkan laman facebook Hari Guru Perak bagi memberi peluang masyarakat siber memberikan ucapan penghargaan kepada guru-guru.
Pada masa sama, kita menggalakkan sekolah memainkan lagu-lagu berkaitan dengan guru seperti lagu Guru Malaysia dan Terima Kasih Cikgu supaya pelajar dapat merasai suasana berkenaan.
Bagaimana pula sambutan di peringkat sekolah? Apakah ada aktiviti khusus yang dicadangkan untuk dilaksanakan?
Bagi di sekolah-sekolah kita telah minta mereka menyediakan kain rentang khas untuk pelajar dan guru-guru menulis kata-kata ucapan penghargaan kepada guru. Kain rentang ini akan dibawa untuk digantung pada sambutan Hari Guru di peringkat daerah dan di peringkat negeri.
Pada masa sama, sekolah juga diminta menyediakan bahan berbentuk folio bagi memberikan kebebasan kepada pelajar meluahkan rasa penghargaan mereka terhadap guru-guru. Cadangan yang kita kemukakan ini sebagai salah satu aktiviti penting dalam meraikan Hari Guru pada tahun ini.
Melalui cara sedemikian, kita yakin ia sedikit sebanyak menyentuh jiwa pelajar untuk menghargai jasa guru-guru yang sudah sekian lama mengajar mereka. Kita juga memberikan kebebasan kepada pihak sekolah untuk menjalankan apa sahaja aktiviti yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing sempena sambutan Hari Guru ini.
Melihat kepada usaha yang dilakukan JPN dalam menghargai guru-guru, adakah selama ini tugas dan jasa guru itu tidak begitu dihargai?
Kita tidak bermaksud begitu. Cuma kali ini impian dan harapan saya mahu guru-guru ini lebih dihargai oleh pelajar sebab kita tengok sebelum ini, sambutan Hari Guru hambar kerana hanya diraikan pada 16 Mei dengan aktiviti biasa seperti jamuan, permainan, pertandingan dan sebagainya. Jadi penghargaan itu habis di situ.
Pada tahun ini, kita mahu Hari Guru ini meriah seperti mana sambutan hari tertentu yang lain seperti hari belia dan sebagainya.
Guru-guru ini sepatutnya diraikan secara besar-besaran kerana mereka sudah melahirkan begitu ramai modal insan, tokoh dan individu yang menyumbang kepada negara.
Tapi alhamdulillah, pada tahun ini kita telah mendapat sokongan daripada pihak swasta dengan tajaan hadiah, selain komitmen mereka terhadap beberapa acara dan program kita adakan seperti forum dan pameran inovasi. Malah, saya sendiri telah edarkan kad ucapan hari guru ke semua sekolah-sekolah di negeri ini.
Saya juga cadangkan semua pegawai di JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun ke sekolah-sekolah pada Hari Guru untuk meraikannya bersama guru-guru.
Malah saya pernah cadangkan guru-guru besar dan pengetua supaya mereka sendiri berikan kad ucapan kepada guru-guru yang membantu mereka selama ini.
Kita juga menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan beruniform yang mempunyai rangkaian di sekolah untuk mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat mereka sendiri.
Iktiraflah jasa dan pengorbanan guru-guru ini yang telah menaikkan nama persatuan atau agensi mereka dalam aktiviti yang diadakan.
Bagaimana pula dengan persiapan dan acara kemuncak pada Sambutan Hari Guru di peringkat negeri?
Tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun ini adalah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, dan kita akan adakan di sebuah hotel terkemuka di Ipoh. Kita sudah membuat persiapan rapi agar sambutan itu meriah dan mencapai objektif tema.
Kita ada beberapa anugerah bagi mengiktiraf sumbangan guru dan tahun ini kita perkenalkan Anugerah Khas Pengarah untuk guru-guru yang memberikan komitmen terhadap tugas walaupun berhadapan masalah kesihatan dan sebagainya.
Perasmian bagi kemuncak sambutan itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Jadi kita amat berharap sambutan pada tahun ini lebih meriah dari tahun sebelumnya sekali gus mengiktiraf sumbangan dan jasa guru-guru.

0 Komentar untuk "Guru cetus kreativiti, jana inovasi"