KEMAMAN - Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berharap krisis politik Terengganu melibatkan insiden keluar parti yang telah berakhir dan selesai dijadikan iktibar pada masa akan datang oleh semua ahli Umno terutama pemimpin parti.
Beliau berkata, banyak perkara boleh dipelajari daripada insiden berkenaan yang menimbulkan pergolakan besar dalam Umno, seketika.
“Pertama sekali kita mengalu-alukan keputusan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said yang kembali semula ke pangkuan Umno, bagaimanapun untuk masa akan datang kita harap perkara ini dijadikan iktibar.
“Sebab insiden keluar parti adalah perkara yang cukup serius dan bukan boleh diambil ringan terutama apabila ia melibatkan kemungkinan kehilangan kuasa kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang memerintah,” katanya.
Wan Abdul Hakim berkata, beliau percaya terselit hikmah di sebalik kemelut yang melanda itu agar ahli dapat mempelajari sesuatu daripadanya.
Susulan itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Kemaman berharap, Ahmad dapat berjumpa dengan ahli Umno Bahagian Kemaman untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai perkara sebenar yang berlaku.
“Atas prinsip sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, saya rasa (berpendapat), beliau (Ahmad) perlu berjumpa dengan ahli parti di Kemaman, seterusnya menerangkan dan menjelaskan kepada ahli parti tentang apa yang sebenarnya berlaku.
“Saya percaya sebagai ahli parti kita boleh memahami penerangan dan situasi yang dijelaskan itu,” katanya.
Konflik sebelum ini timbul apabila Ahmad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada Isnin lalu mengumumkan keluar dari Umno pada hari sama dan menjadi Adun Bebas, diikuti Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud yang turut keluar parti.
Bagaimanapun, ketiga-tiga wakil rakyat itu kembali ke pangkuan Umno dan isu itu dianggap selesai petang kelmarin.

0 Komentar untuk "Jadikan krisis politik Terengganu iktibar"