Tiada kuota individu tertentu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tiada kuota individu tertentu

SHAH ALAM - Tiada kuota diberikan kepada mana-mana pihak yang membolehkan  pemberian tempat kepada individu untuk menunaikan ibadah haji.
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pemilihan jemaah haji dilakukan mengikut sistem giliran.

“Setahu saya tiada kuota diberikan kepada individu tertentu seperti menteri atau pegawai tinggi kerajaan.

“Di bawah Tabung Haji, kita ikut sistem giliran,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat agensi kerajaan yang diberikan kuota khas oleh kerajaan Arab Saudi.

“Kuota ini diberikan sendiri Arab Saudi kepada agensi kerajaan yang mempunyai hubungan baik dengan mereka.

"Jumlahnya saya tidak pasti kerana bukan di bawah pengurusan Tabung Haji,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi tahun ini menetapkan jumlah kuota jemaah haji dari Malaysia yang dibenar menunaikan ibadat itu kekal seramai 22,320 orang, iaitu pengurangan sebanyak 20 peratus seperti tahun lalu.

Sementara itu, dilaporkan seramai 1.2 juta orang negara ini  telah mendaftar haji sehingga tahun lepas.
0 Komentar untuk "Tiada kuota individu tertentu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI