Kes 37 terkorban hampir selesai - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kes 37 terkorban hampir selesai

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kes37terkorbanhampirselesai/Article

Kuala Lumpur: Siasatan polis berhubung kemalangan bas henti-henti di Kilometer 3.6, Jalan Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang, Rabu lalu hampir selesai sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor, berkata siasatan yang menjurus dari segi fizikal sudah lengkap 100 peratus, namun dari segi teknikal memerlukan sedikit masa lagi.
“Kita menjangkakan laporan penuh berhubung kejadian itu akan diperoleh dalam masa terdekat, sebelum dimaklumkan kepada pihak media.

“Setakat ini, polis sudah merakam percakapan saksi kejadian termasuk wakil syarikat bas, mangsa yang terselamat untuk melengkapkan kertas siasatan, namun beberapa mangsa belum direkod keterangan atas faktor kecederaan yang dialami,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kejadian di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini semalam.

Masih belum dituntut 

Mohd Mansor berkata, sehingga semalam, mayat lapan mangsa warga asing masih belum dituntut.

Katanya, polis juga sudah memaklumkan kepada waris mangsa supaya tampil menuntut barangan mangsa yang ditemui di lokasi kejadian sepanjang operasi dilakukan.
“Semua mangsa yang dirawat di tiga hospital iaitu HKL, Hospital Selayang serta Hospital Sungai Buloh (HSB) dilaporkan stabil dan kini berada di wad pesakit luar,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Tan Ming Shing, 26, yang bekerja sebagai penolong tukang masak di pusat peranginan dan rekreasi berkenaan, menyifatkan kejadian menimpanya itu ibarat mati hidup semula.

UPM bantu keluarga 2 pelajar 

Sementara itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan membantu keluarga dua pelajarnya yang maut, dengan menyalurkan sumbangan wang tunai khairat kematian serta membantu kos menguruskan jenazah.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Mohamad Shatar Sabran berkata, selain bantuan berkenaan, UPM juga akan menyalurkan bantuan manfaat kematian RM8,000 seorang yang akan diserahkan kepada keluarga mereka.
0 Komentar untuk "Kes 37 terkorban hampir selesai"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI