ALOR SETAR - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang menerajui Kedah selama sepenggal lalu.

Beliau merakamkan penghargaan itu ketika berucap merasmikan persidangan Dun Kedah bagi mesyuarat kedua penggal pertama yang ke-13, di Wisma Darulaman, semalam.

“Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan terdahulu bawah Tan Sri Azizan, dan doakan beliau kembali sihat,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan baharu bawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri.