KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan lima rakannya atas tuduhan memiliki dadah.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas membenarkanpermohonan peguam Farhan Read dan peguam P.G Cyril untuk menarik diri daripadamewakili anak guam mereka.

Terdahulu, Farhan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menarik diridaripada mewakili Imran Radzi Ibrahim dan perkara itu telah dimaklumkan kepadaanak guamnya.

Cyril juga memberitahu mahkamah beliau menarik diri daripada mewakili anakguamnya, Asmanizam Mohamed Akhir dan Norazila Arzami selepas tidak menerimaarahan lanjut untuk mewakili pasangan suami isteri itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan pihaknya akanmeminda pertuduhan yang dihadapi kesemua tertuduh tetapi perkara itu akandikemukakan pada 11 September ini.

Benjy, 34, bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi, 32, Asmanizam, 32, Norazila, 27, dan Afifi Hamidi, 27, didakwa memiliki begmengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, PersiaranBukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.

Bagaimanapun, Zain Amir mengaku bersalah manakala Benjy serta empat yang lain minta dibicarakan. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabitkesalahan. - Bernama