1. Sedekahkan barang yang berkeadaan baik dan boleh digunakan. Hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya, "Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji." (Surah Al-Baqarah ayat 267)
2. Disunatkan kepada si pemberi untuk menyedekahkan barangan paling disayangi. Galakan ini selari dengan perintah Allah, "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah al-Imran: 92)
Tidak kisahlah banyak atau sedikit, tetapi yang penting, hati ikhlas. Pesan Rasulullah, daripada Adiyie Hatim Radialluanhu, beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
3. Sedekahkah barangan yang halal, bukan haram atau syubhah. Ini kerana setiap benda yang halal atau haram memberikan kesan secara langsung kepada si pemberi dan penerima. Oleh itu kita wajib berhati-hati mengenai barang yang mahu disedekahkan dan pastikan bersumber halal.
4. Sedekah mesti ikhlas, jangan mengungkit dan menyakiti hati orang yang menerimanya kerana ini akan merosakkan amalan bersedekah. " Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah, 264)
5. Lebih afdhal jika sedekah secara diam-diam, jauh daripada liputan berita, mata orang ramai dan tidak dihebahkan secara sengaja. Firman Allah,
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah, ayat 271)
6. Berpegang pada prinsip bahawa sedekah tidak akan mengurangkan harta. Sebaliknya akan menambah harta menjauhkan kemiskinan dan kesempitan. Apabila kita bersedekah dengan hati ikhlas, Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Hal ini ditegaskan Allah "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Surah Saba', ayat 39).
7. Sedekah akan membersihkan harta dan menyucikan diri. Hakikatnya dalam setiap harta yang kita miliki ada hak orang lain yang mesti ditunaikan. Apabila bersedekah, kita membuang sifat sombong, bakhil daripada diri. Orang yang menerima, biasanya akan berterima kasih dan mendoakan yang baik-baik buat kita. Justeru proses itu ibarat suatu penyucian pada harta itu sendiri dan diri kita.
Firman Allah, "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah: 103)
Jika tidak mampu dari segi kebendaan, sumbang tenaga atau apa jua kemampuan lain, boleh juga menjadi sedekah.
2. Disunatkan kepada si pemberi untuk menyedekahkan barangan paling disayangi. Galakan ini selari dengan perintah Allah, "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah al-Imran: 92)
Tidak kisahlah banyak atau sedikit, tetapi yang penting, hati ikhlas. Pesan Rasulullah, daripada Adiyie Hatim Radialluanhu, beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
3. Sedekahkah barangan yang halal, bukan haram atau syubhah. Ini kerana setiap benda yang halal atau haram memberikan kesan secara langsung kepada si pemberi dan penerima. Oleh itu kita wajib berhati-hati mengenai barang yang mahu disedekahkan dan pastikan bersumber halal.
4. Sedekah mesti ikhlas, jangan mengungkit dan menyakiti hati orang yang menerimanya kerana ini akan merosakkan amalan bersedekah. " Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah, 264)
5. Lebih afdhal jika sedekah secara diam-diam, jauh daripada liputan berita, mata orang ramai dan tidak dihebahkan secara sengaja. Firman Allah,
6. Berpegang pada prinsip bahawa sedekah tidak akan mengurangkan harta. Sebaliknya akan menambah harta menjauhkan kemiskinan dan kesempitan. Apabila kita bersedekah dengan hati ikhlas, Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Hal ini ditegaskan Allah "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Surah Saba', ayat 39).
7. Sedekah akan membersihkan harta dan menyucikan diri. Hakikatnya dalam setiap harta yang kita miliki ada hak orang lain yang mesti ditunaikan. Apabila bersedekah, kita membuang sifat sombong, bakhil daripada diri. Orang yang menerima, biasanya akan berterima kasih dan mendoakan yang baik-baik buat kita. Justeru proses itu ibarat suatu penyucian pada harta itu sendiri dan diri kita.
Firman Allah, "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah: 103)
Jika tidak mampu dari segi kebendaan, sumbang tenaga atau apa jua kemampuan lain, boleh juga menjadi sedekah.
0 Komentar untuk "Ciri-ciri Sedekah Yang Sempurna"