JIKA KITA BERHARTA, SIAPAKAH KITA? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JIKA KITA BERHARTA, SIAPAKAH KITA?

Manusia yang mengorbankan hartanya terbahagi kepada tiga golongan:

1. Mengorbankan seluruh atau sebahagian besar harta

Inilah golongan para sahabat terutama Sayidina Abu bakar, Umar, Uthman dan lain-lain. Mereka sangat yakin terhadap janji Allah tanpa menyimpan apa-apa pun daripada harta tersebut untuk diri dan keluarganya.

Apabila ditanya kepada Sayidina Abu Bakar tentang harta yang masih ditinggalkan untuk diri dan keluarganya, beliau menjawab: "Aku meninggalkan hanya Allah dan Rasul-Nya."

2. Menyimpan dan mengeluarkan harta ke jalan Allah.

golongan ini berusaha menyimpan dan menggunakan harta sekadar keperluan, tidak bermewah-mewah dan membelanjakannya ke jalan Allah apabila tiba masa dan keadaan.

untuk mendapat cinta Allah, mereka bependapat tidak memadai dengan mengeluarkan zakat yang wajib, tetapi juga membelanjakan di jalan fardi kifayah dan sunat.

Fardu kifayah tersebut ditunaikan dengan membantu fakir miskin dan golongan yang melarat dan sangat terdesak. mereka tidak akan memberi harta secara pinjaman, bahkan akan diberikan secara percuma kepada golongan yang memerlukan.


3. Mengeluarkan harta untuk ibadah zakat wajib sahaja.

Inilah tahap manusia terendah. Cinta mereka kepada Allah hanya sekadarnya, lalu pengorbanan mereka "biasa-biasa" sahaja, bahkan membelanjakan harta di jalan allah setakat yang wajib.

Walaupun begitu, tahap ini sudah dikira baik pada zaman ini. Jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat dan salafussoleh, golongan ini masih dalam kategori 'low class" dalam ukuran cinta kepada allah.

Hayati kata-kata Imam al-Ghazali: "Cinta mereka kepada Allah dan hari akhirat masih sangat lemah."


0 Komentar untuk "JIKA KITA BERHARTA, SIAPAKAH KITA?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI