Tonjolkan Karisma Diri Anda - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tonjolkan Karisma Diri Anda

Karisma perlu diasah kerana ia membawa beberapa keuntungan dan kelebihan iaitu

1. Orang percaya pada kita maka dengan kepercayaan itu kita mampu mengubah pemikirannya agar menjadi insan yang cemerlang dalam hidup serta bermakna kepada ummah.

2. Orang mudah mendekati kita kerana sikap cepat mesra yang ada, maka kebolehan ini boleh dimanfaatkan untuk menambah kenalan dan kawan. Ada diantara kawan-kawan kita ini pula yang boleh menjadi rakan dalam perniagaan, persatuan, badan kebajikan dan sebagainya.

3. Hubungan keluarga dan silaturrahim dapat ditingkatkan. Pasangan lebih hormat pada kita, anak-anak mendengar cakap dan nasihat, ibu bapa bangga, adik beradik juga segan untuk melalukan sesuatu yang tidak baik.

4. Pengikut dan anak buah mudah bekerja dalam satu pasukan. Malah mereka bertindak secara konsisten sama ada dengan atau tanpa kehadiran kita bersama mereka. Mereka seronok apabila dapat merealisasikan matlamat dan impian yang kita kongsikan bersama mereka

5. Perniagaan berkembang dan keuntungan menggebu kerana orang suka berurusan dengan kita kerana mereka tahu hak mereka dipenuhi dan semua pihak dapat apa yang mereka mahu. Mereka juga yakin bahawa kita bukanlah orang yang akan mengambil kesempatan atau tidak amanah dalam urus niaga.

6. Kerja-kerja kebajikan dan aktiviti sosial yang bermanfaat mudah dijalankan. Kerjasama orang ramai mudah diperolehi. Orang mudah menghulurkan bantuan sama ada dari segi wang, tenaga atau idea. Malah mereka sentiasa ternanti-nanti apa lagi yang boleh mereka terlibat sama


0 Komentar untuk "Tonjolkan Karisma Diri Anda"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI