MANA LETAKNYA 'KECANTIKAN' LELAKI? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

MANA LETAKNYA 'KECANTIKAN' LELAKI?

1. MAMPU MENGALIRKAN AIRMATA

Ini antara ukuran ulung biasa menandakan betapa 'cantiknya' lelaki terutama sekali pada sudut pandangan wanita iaitu lelaki yang tiada malu dan segan untuk mengalirkan titis air mata.
Bukan atas dasar lemah semangat, lembik mahupun kurang gagah fizikalnya, namun lelaki yang boleh mengalirkan air mata menandakan mereka tidak takut untuk berasa rapuh di hadapan yang lain malah punya emosi dan sensitiviti. Percayalah, tidak semua lelaki memilikinya.


2. SEDIA MENERIMA TEGURAN

 Walau segah mana pun lelaki, karisma sang teruna pastinya sedikit sebanyak dikira pada ketebalan inci dinding ego mereka. Namun, indahnya seorang lelaki lebih ketara apabila mereka boleh menerima teguran dan bersedia mengakui kesilapan diri sendiri. Terutama sekali daripada wanita yang dianggap musuh 'peribadi' apabila melibatkan pangkat dan darjat.


3. TIDAK MENYIMPAN DENDAM

Pakar psikologi Britain, Robert Edwards menyatakan dendam dan amarah lebih lama berbanding wanita. Maka, tidak janggallah jika lelaki mudah menempiaskan perasaan marah apabila hati, emosi atau pendiriannya diusik.

Maka, cantiknya lelaki apabila dia sendiri mampu untuk menjaga dan mengawal amarah. Ketenangan diri dan tidak menyimpan dendam dalam apa jua yang terjadi menyerlahkan 'kecantikan' seorang lelaki daripada raut wajahnya. Lelaki boleh memberi madu tatkala dirinya diberikan racun.


4. UTAMAKAN KELUARGA

Oh, ini semestinya syarat utama apabila melihat kecantikan seorang lelaki. Tiada yang lebih indah apabila melihat keupayaan dan pengorbanan seorang lelaki dalam meletakkan keluarganya di taraf tertinggi. Malah si lelaki tidak pernah berputus asa mahupun resah jika dirinya dihimpit pelbagai kesusahan dan dugaan yang melanda. Pada dirinya, keluarga adalah paling utama.


5. PENAMPILAN DIRI DIJAGA RAPI

Seperti wanita, lelaki juga perlulah sentiasa menitikberatkan penampilan kerana personaliti menarik, bersih dan segak mencerminkan keperibadian. Pada zaman kini, tuntutan untuk menjaga peribadi dari hujung ke rambut hingga ke hujung kaki amat kritikal dalam menjalani kehidupan seharian. Maka 'cantiklah' seorang lelaki jika dia tahu menjaga keperibadiannya.

0 Komentar untuk "MANA LETAKNYA 'KECANTIKAN' LELAKI?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI