JANGAN Bg Muka dekat DAP KEDAH - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JANGAN Bg Muka dekat DAP KEDAH

Kepada PAS Kedah, jangan menurut kehendak DAP KEDAH untuk menyelesaikan isu mereka bukannya isu rakyat. Apa yang DAP timbulkan tak lebih drpd isu perkauman dan keagamaan yang jumud. Orang ISLAM KEDAH pon tak menuntut kerajaan PAS KEDAH yang bukan2 kenapa DAP KEDAH pula terlebih2? Apa yang penting sekarang adalah untuk menguruskan pentadbiran dengan baik, bukannya dengan membuat tuntutan2 tidak munasabah hanya untuk kepentingan satu kaum sahaja.

Isu kouta rumah. DAP nak berapa rumah seorang sampai tak puas hati dengan kouta yg diberikan? Di KEDAH, bukan bumiputera hanya 20% tetapi kadar 50% sudah melebihi drpd mencukupi tetapi kenapa masih tamak seolah2 bukan bumpitera tak cukup lagi?

Kalau DAP KEDAH prihatin sangat dgn masalah rakyat, beli rumah yg tak mampu dibelikan dan berikan kepada rakyat KEDAH. Lepas tu buat ler banyak2 rumah. Ini semua tak lebih drpd untuk mengaut keuntungan semata2 bukannya atas kepentingan rakyat

Krisis Pakatan Kedah: DAP timbang formula 3 perkara

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertimbangkan formula tiga perkara untuk menyelesaikan krisis politik Pakatan Rakyat ekoran tindakan DAP Kedah memutuskan untuk keluar ikatan pembangkang itu.

Salah satu perkara menurut Lim ialah menyelesaikan kesemua aduan tertunggak iaitu kuota 50 peratus projek perumahan bagi bumiputera, kontroversi pusat Buddha di Kedah, pasar menjual babi di Alor Setar, tindakan meroboh kuil dan tokong dan sebagainya.

Selain itu beliau juga mahu sebuah jawatankuasa perantara yang diketuai oleh bekas Timbalan Menteri Pertanian, Dr. Goh Cheng Teik ditubuhkan.

"Saya telah bercakap dengan Dr. Goh dan beliau bersetuju jika jawatankuasa sedemikian ditubuhkan oleh kerajaan negeri," kata Lim dalam blognya hari ini.

Selain itu, beliau juga mengesyorkan mekanisme penyelesaian kesemua isu, masalah dan kontroversi yang tercetus dibentuk.

"Krisis Pakatan Rakyat Kedah adalah wajar diselesaikan di peringkat negeri Kedah, di mana saya mengatakan pada majlis dialog umum malam tadi bahawa saya bersedia untuk menemui Mentri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan malah saya bersedia untuk menemui beliau hari ini.

"Ini telah dimaklumkan kepada Azizan malam tadi," kata beliau yang turut mengadakan pertemuan 90 minit dengan pemimpin DAP Kedah di Alor Setar semalam.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dijangka bertemu minggu ini bagi membincangkan keputusan DAP Kedah.

CEC perlu memperakui keputusan DAP Kedah.

Semalam Lim berkata, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar Pakatan Rakyat.

"Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu, mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira... apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP negeri keluar dari Pakatan kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
0 Komentar untuk "JANGAN Bg Muka dekat DAP KEDAH"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI