LIGA SUPER : ISNIN 06 JULAI 2009 - Azamuddin kesal gol masih gagal bantu Pahang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER : ISNIN 06 JULAI 2009 - Azamuddin kesal gol masih gagal bantu Pahang

Azamuddin kesal gol masih gagal bantu Pahang

Oleh Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my

PENYERANG Pahang, Mohd Azamuddin Akil mengakui terkilan dua gol yang disempurnakannya gagal menyekat kegarangan Kelantan apabila skuadnya tewas 2-3 kelmarin.

Malah yang lebih menyedihkan Azamuddin adalah kekalahan itu menyebabkan pasukannya terus menghuni tangga kedua tercorot Liga Super yang memberi petanda bakal tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Namun, katanya, baki tiga perlawanan diharap mampu mengubah kedudukan Pahang yang dianggap semakin kritikal itu.

"Saya kecewa kerana gagal membantu pasukan mengutip sekurang-kurangnya satu mata malam tadi (kelmarin).

"Saya sudah melakukan yang terbaik buat pasukan tetapi Kelantan lebih bagus untuk memadamkan impian meraih mata," katanya.

Ditanya peluang Pahang menewaskan Terengganu di Stadium Darulmakmur malam esok, Azamuddin berazam untuk terus menjaringkan gol bagi membantu pasukan meraih tiga mata berharga.

Biarpun Terengganu dilihat sebuah pasukan mantap, katanya, tiada yang mustahil untuk mencipta kemenangan berdasarkan komitmen semua pemain.

"Saya harap rakan sepasukan dapat menyempurnakan misi meraih tiga mata dan berharap kekalahan kepada Kelantan tidak menjejaskan permainan kami pada Selasa ini," katanya.

Setakat 23 perlawanan, Pahang kini menghuni tangga ke-13 daripada 14 pasukan yang beraksi dalam Liga Super dengan meraih 14 mata hasil empat kemenangan dan dua seri.
0 Komentar untuk "LIGA SUPER : ISNIN 06 JULAI 2009 - Azamuddin kesal gol masih gagal bantu Pahang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI