LIGA SUPER : ISNIN 06 JULAI 2009 - Nasir tidak rela putih mata lagi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER : ISNIN 06 JULAI 2009 - Nasir tidak rela putih mata lagi

Nasir tidak rela putih mata lagi

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my

JOHOR tidak rela terlepas peluang untuk meraih tiga mata apabila melayani kunjungan Sarawak dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini.

Sedar betapa skuad Merah Biru itu masih mampu memintas T-Team Terengganu dan pendahulu liga, Harimau Muda, pastinya kemenangan di laman sendiri boleh meletakkan Johor mengekori rapat kedua-dua pasukan itu.

Malah jurulatih Johor, Nasir Yusof sendiri mengakui betapa kesukaran mula timbul selepas tewas tiga perlawanan lalu, sekali gus memberi kesan kepada usaha mereka dan kini terpaksa berhempas pulas mencatat kemenangan bagi meneruskan usaha merapatkan jurang mata.

"Agak malang juga kerana perlu mengekori T-Team dan Harimau Muda yang semakin gah di tempat kedua dan pertama, namun saya tetap menaruh keyakinan kepada pemain untuk mencipta tiga mata apabila berdepan Sarawak.

"Bagaimanapun, dalam usaha itu, saya mengingatkan pemain supaya sentiasa berwaspada dan tidak terperangkap dengan helah lawan yang pasti ingin menebus kehampaan tewas kepada PKNS Selangor 2-0, baru-baru ini.

"Saya kehilangan dua tonggak. Selepas Irfan Ghani tidak dapat diturunkan kini khidmat Rizal Roslan pula terpaksa dilupakan akibat layangan kad merah ketika aksi menentang Tentera, namun saya mempunyai alternatif lain bagi menguatkan posisi bek kiri dan kanan," katanya.

Menurut Nasir, rombakan kecil akan dibuat bagi mengisi kedua-dua posisi itu malah ketumpulan barisan serangan juga amat perlu diatasi segera dalam usaha memburu kemenangan.

Beliau berkata, jaringan besar ditagih bukan sahaja untuk mencipta kemenangan tetapi bagi memastikan Johor mempunyai kelebihan jika perbezaan jaringan menjadi perbezaan andai kedudukan mata terikat antara Johor dan T-Team pada penghujung saingan.

"T-Team nyata memiliki jaringan gol yang agak besar terutama membelasah Sarawak 7-0 tempoh hari. Sebab itu, pemain saya harus memikirkan perkara itu juga," kata Nasir.
0 Komentar untuk "LIGA SUPER : ISNIN 06 JULAI 2009 - Nasir tidak rela putih mata lagi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI