LIGA SUPER : Penyudah tumpul punca tewas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER : Penyudah tumpul punca tewas

Penyudah tumpul punca tewas

KUALA LUMPUR - Jika tiga atau empat peluang untuk menjaringkan gol berjaya disudahkan dengan kemas oleh barisan serangan KL PLUS sudah pasti skrip di Stadium Nasional Bukit Jalil akan berubah selepas mereka ditewaskan pasukan Kelantan 1-0 dalam saingan Liga Super kelmarin.

Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris yang menyifatkan persembahan anak- anak buahnya masih lagi sederhana terutama di bahagian serangan walaupun berjaya menghadirkan gerun kepada pertahanan lawan dengan beberapa peluang yang terhidang.

"Mengikut persembahan hari ini (kelmarin) pemain saya berjaya mengimbangi perlawanan dengan melakukan beberapa serangan bahaya ke arah kubu lawan tetapi tidak berjaya disudahkan dengan sempurna," katanya dalam sidang media selepas perlawanan tamat.

Jelasnya, akibat daripada kegagalan untuk menyempurnakan peluang tersebut ia telah memberi ruang kepada Kelantan menjaringkan gol pada separuh masa pertama seterusnya mencatatkan kemenangan tipis.

"Saya memang kecewa, apa yang penting dalam permainan bola sepak ialah menjaringkan gol tetapi ketumpulan di bahagian serangan menghantui pasukan kami dan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Saya terpaksa meletakkan Fadli Saari yang beraksi di bahagian tengah berada berdekatan dengan pemain penyerang untuk membantu pasukan mencari jaringan," katanya.

Katanya, mereka perlu mempunyai seorang penyerang berkaliber untuk sentiasa menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan menghadirkan gerun kepada pertahanan lawan.

"Sukar untuk kami meletakkan sasaran berada di antara lima pasukan terbaik musim ini dan berada di pertengahan liga boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang bagus selagi masalah (penyudah tumpul) tidak berjaya diselesaikan.

"Tempoh berehat selama dua minggu ini memberikan peluang untuk kami mengasah bahagian serangan dengan lebih tajam termasuk membentuk pemain bawah 20 tahun," katanya.

Tambahnya, peningkatan permainan pemain tengah, Reeshafiq Alwi sedikit sebanyak membantu pasukan berikutan sebelum ini bahagian tengah juga dilihat kurang berkesan.
0 Komentar untuk "LIGA SUPER : Penyudah tumpul punca tewas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI