LIGA SUPER : Irfan yakin raih 3 mata di Alor Setar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER : Irfan yakin raih 3 mata di Alor Setar

Irfan yakin raih 3 mata di Alor Setar

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my

NIZARUDDIN Yusof (kanan) dijangka galas cabaran Perlis menentang Kedah di Alor Setar, Sabtu ini.

JURULATIH Perlis, Irfan Bakti Abu Salim menunjukkan wajah ceria kebelakangan ini - segala-galanya terarah kepada 'suasana sihat' pasukannya menjelang pertembungan pasukan tetangga menentang Kedah dalam saingan Liga Super di Alor Setar, Sabtu ini.

Dia terbayang keputusan baik bakal dituai di tempat lawan ketika semua pemain utama bebas daripada sebarang masalah kecederaan dan berada pada tahap cergas.

Tidak dinafikan Irfan mahu membimbing pasukan ke Stadium Darulaman, nanti untuk merampas tiga mata daripada pasukan jiran itu walaupun akur cabaran nanti amat perit untuk dilalui.

"Pertemuan dengan skuad 'abang' ini memang penting dalam usaha merampas kembali mahkota carta Liga Super selain merealisasikan misi memburu kejuaraan liga musim ini.

"Apapun, saya percaya misi yang disandarkan kepada pasukan untuk pertemuan di Alor Setar itu bukan sesuatu yang mudah, tambahan Kedah masih terluka selepas tewas kepada Selangor (3-1) dan dikejutkan Perak (0-1), kelmarin," katanya.
0 Komentar untuk "LIGA SUPER : Irfan yakin raih 3 mata di Alor Setar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI