LIGA SUPER : Annuar ubah pendirian - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER : Annuar ubah pendirian

Annuar ubah pendirian

Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my

Usaha bolehkan Kelantan kembali beraksi di KB akan diteruskan bukan tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tampak memberi isyarat berbeza walaupun pernah mengakui kemungkinan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia, sebelum ini gara-gara larangan beraksi di Stadium Sultan Mohamed ke-IV.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan dia akan tetap meneruskan usaha memajukan bola sepak Kelantan, tetapi usaha untuk membolehkan pasukan bergelar 'The Red Warriors' itu untuk kembali beraksi di Kota Bahru akan turut diteruskannya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menjatuhkan hukuman kepada Kafa dengan larangan bermain di Kota Bahru selepas berlaku rusuhan penonton sebaik tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu.

"Kafa akan tetap berusaha untuk berbincang dengan FAM untuk membenarkan kami beraksi di Kota Bahru walaupun rayuan kami sebelum ini ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan," kata Annuar pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Annuar juga berkata dia sudah menghantar surat memaklumkan hasratnya itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh kelmarin dan enggan menghantar sendiri surat kepada presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah kerana masih menghormati saluran perhubungan di FAM selaku ahli majlisnya.

Kafa dijangka membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya bagi mengatasi masalah kewangan yang melanda mereka gara-gara terpaksa beraksi di Bukit Jalil, selepas mesyuarat majlisnya pada 5 Jun ini.

Sementara itu, Annuar yang bakal dipanggil mengadap Jawatankuasa disiplin FAM pada 11 Jun ini menyuarakan kesediaannya untuk berdepan jawatankuasa itu yang dipengerusikan bekas pemain kebangsaan, Kamaruddin Abdullah.
0 Komentar untuk "LIGA SUPER : Annuar ubah pendirian"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI