Mursyidul Am Pas: Maafkanlah mereka Amanah dan DAP - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mursyidul Am Pas: Maafkanlah mereka Amanah dan DAP



ALOR SETAR - "Maafkanlah segala kesilapan," berikut kata-kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin ketika ucapan Perasmian Dewan Muslimat Pas Malaysia di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Menurutnya, beliau percaya ALLAH SWT tidak akan sia-siakan pengorbanan mereka selama ini.

"Perkara yang dah terlajak itu, maafkanlah. Macam rakan-rakan yang telah lari meninggalkan kita.

"Selain itu, kita perlu yakin dengan kebenaran yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT. Jangan pula kita tergolong dalam golongan orang yang ragu-ragu dengan kebenaran," katanya tanpa menyebut mana-mana pihak.


Sementara itu, sebagai seorang yang memperjuangkan Islam, pertolongan harus diberikan walaupun kepada 'musuh'.

"Kalau ada orang minta tolong, kita kena bantu tidak kira apa pun kerana dalam Islam jika perkara mendatangkan bahaya, bantuan harus diberikan walaupun kepada musuh.

"Itu maksud saya, sebagai contoh jika Amanah ingin bersua semula, jumpalah, atau jika DAP ingin tarik balik kenyataan mereka, Pas masih mengamalkan dasar terbuka hingga sekarang," katanya ketika sidang media yang diadakan usai merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas, di sini hari ini.

0 Komentar untuk "Mursyidul Am Pas: Maafkanlah mereka Amanah dan DAP"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI