Wan Azizah: Dr M Perlukan Pembangkang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wan Azizah: Dr M Perlukan Pembangkang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan sokongan daripada pihak pembangkang dan bukan sebaliknya.

"Berapa ramai Ahli Parlimen yang beliau ada? Beliau memerlukan kami," kata Ketua Pembangkang itu ketika sidang media di Parlimen di sini, Isnin.

Tambahnya, Deklarasi Rakyat yang diterajui Dr Mahathir menunjukkan bekas perdana menteri itu turut bersetuju bahawa sistem yang digunakan Barisan Nasionak telah merosakkan negara.

"Ia tidak mengubah pandangan Pakatan. Agenda utama bagi kita adalah untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

"Dia adalah mangsa politik dan dia perlu dibebaskan," katanya.

Ditanya sama ada Dr Mahathir menyatakan persetujuan mengenai hal berkenaan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ia tidak penting.

"Apa yang difikirkan beliau bukan isu. Ia sentiasa menjadi agenda kami," katanya.

0 Komentar untuk "Wan Azizah: Dr M Perlukan Pembangkang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI