Shafie Sokong, Tapi Akui Belum Tandatangani 'Deklarasi Rakyat' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Shafie Sokong, Tapi Akui Belum Tandatangani 'Deklarasi Rakyat'

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal mengakui menyokong misi 'Selamatkan Malaysia' bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada akan menandatangani memorandum 'Deklarasi Rakyat'.

Jumaat lalu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kira-kira 50 pemimpin politik dan aktivis kerajaan serta pembangkang menandatangani dokumen itu bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen selepas ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Semporna itu menganggap ia satu langkah yang baik.

"Ia langkah yang baik, saya menyokong usaha itu tetapi belum menandatanganinya.

"Tun Mahathir hanya mahu Najib meletak jawatan dan ia dilihat sebagai penyelesaian," katanya.

Mengenai gesaan Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat, Shafie berkata, ada peraturan yang perlu diikuti.

"Kita tahu Majlis Tertinggi memiliki kuasa muktamad tetapi pada masa sama ia tidak boleh menjadi pihak yang sama untuk menyiasat, membuat penghakiman atau mencadangkan siapa yang akan mengisi sesuatu jawatan.

"Di sini, mereka yang menyiasat, mereka juga yang menghukum dan menentukan siapa yang akan menggantikan seseorang.

"Memang betul mereka berhak, tetapi ia perlu dilakukan dengan adil," katanya.

0 Komentar untuk "Shafie Sokong, Tapi Akui Belum Tandatangani 'Deklarasi Rakyat'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI