Serangan Tun M Kerana Mahu Mukhriz Jadi PM - Dakwa Ahli MT Umno - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Serangan Tun M Kerana Mahu Mukhriz Jadi PM - Dakwa Ahli MT Umno

PUTRAJAYA: Motif serangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri, dakwa anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, sebab itulah bekas perdana menteri berkenaan tidak menyebut siapa pengganti, jika Najib meletakkan jawatan.

Beliau berkata Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Mohd Puad turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

"Ternyata Mukhriz dan Dr Mahathir gagal faham bahawa Umno akhirnya akan tolak pemimpin yang rakuskan takhta dan kuasa sehingga sanggup menjatuhkan presiden Umno menggunakan musuh orang Melayu dan Islam, katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Jumaat lepas, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Februari, mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka deklarasi rakyat, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri. -- Bernama

0 Komentar untuk "Serangan Tun M Kerana Mahu Mukhriz Jadi PM - Dakwa Ahli MT Umno"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI