Salahkah kami pertahan kepentingan rakyat? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Salahkah kami pertahan kepentingan rakyat?

SHAH ALAM - Salah seorang Adun PKR Pulau Pinang yang didakwa Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai 'bersama Umno' hari ini tampil bertanya kepada perwakilan soal kerelevanan tindakannya itu.

Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng mendakwa, gara-gara mempertahankan kepentingan rakyat, beliau dan empat Adun PKR lain dikeji.

"Saya nak tanya perwakilan di sini, bolehkah kami mempertahankan kepentingan rakyat?

"Kerana kami mempertahankan hak rakyat, kami disingkirkan. Kami dimaki dan semua kata-kata buruk beredar terhadap kami," katanya pada Kongres Nasional PKR ke-11, di sini, hari ini.

Sebelum ini, lima wakil rakyat PKR memilih untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan di Dun Pulau Pinang terhadap usul BN yang mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum.

Beliau membuka cerita itu sebagai contoh ketika membahaskan usul negara hukum di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan.

"Apabila eksekutif cuba campur tangan...saya nak kongsi satu kes. Baru-baru ini, kes ini dibangkitkan di Dun Pulau Pinang. Usul meminta supaya projek baru penambakan laut diteliti melalui pendengaran awam.

"Kalau kita parti yang benar-benar membela rakyat, tidak kira bagaimana kita dicabar, kita akan lawan dan terus lawan sehingga hak rakyat dipertahankan," katanya yang mendapat sorakan perwakilan.

Usul yang dikemukakan oleh Adun BN, Muhamad Farid Saad itu meminta kerajaan negeri membuat pendengaran awam terhadap projek penambakan laut dan menangguhkan kesemua rancangan penambakan laut baru sehingga kajian kesan alam sekitar serta sosial dibuat.

Namun, usul ini ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti apabila hanya 10 Adun menyokongnya iaitu sembilan Adun BN dan seorang daripada DAP, manakala 23 dari Pakatan Harapan menentang.

Sebelum ini, PKR menganggap isu ini telah selesai selepas mereka berpuas hati dengan penjelasan kelima-lima wakil rakyatnya kerana mereka dibenarkan membuat pengundian mengikut suara hati (conscience vote) di dalam isu-isu tertentu.

Manakala Adun DAP (Tanjung Bungah), Teh Yee Cheu yang menyokong usul tersebut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang dan menyatakan kesediaan berhadapan dengan tindakan daripada parti.

0 Komentar untuk "Salahkah kami pertahan kepentingan rakyat?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI