Perlu tegah rundingan sulit dengan Umno, Amanah sindir PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Perlu tegah rundingan sulit dengan Umno, Amanah sindir PAS

Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menyindir PAS supaya bersetuju dengan perjanjian di antara semua parti pembangkang supaya tiada rundingan sulit berlangsung selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sindiran itu diajukan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad sewaktu menyambut baik gesaan agar pembangkang mengekalkan konvensyen satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum.

"Amanah ingin mencadangkan supaya selain perjanjian satu lawan satu, perlu juga ada perjanjian agar tidak berunding dengan pihak Umno-BN oleh mana-mana parti secara bersendirian selepas menang.

 "Kemenangan ini mesti dilihat sebagai kemenangan hasil usaha bersama dan oleh itu apa-apa usaha berunding dengan pihak lawan secara bersendirian setelah menang adalah pengkhianatan yang nyata," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Khalid turut membantah usaha PAS memperkudakan PKR dengan meminta supaya menghalang Amabah daripada bertanding.

"Sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik PAS seperti ini adalah antara sebab Amanah ditubuhkan.

"PAS perlu difahamkan semua pihak, termasuk Amanah, berhak untuk bertanding di mana sahaja ia ingin bertanding.

"Kebersamaan Amanah dengan Pakatan Harapan bukan kerana Amanah tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digembleng dalam usaha bersama untuk menjatuhkan Umno BN," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam menyambut baik pengumuman Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang berhasrat melihat pertembungan satu lawan satu sahaja dalam PRU14.

Bagaimanapun katanya, pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum sebenarnya belum dibincangkan dalam Pakatan Harapan.

"Kami belum bincang hal kerusi dan pilihan raya.

"Di Semenanjung kami belum bincang di mana hendak bertanding tetapi itulah yang kami harapkan, pertandingan satu lawan satu," katanya.

Azmin membuat pengumuman satu lawan satu itu pada sidang media di Kongres Nasional PKR ke-11 di Shah Alam semalam.

Azmin membuat pengumuman itu selepas Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali melalui kenyataan Facebook mengugut PAS akan bertanding di kerusi PKR, jika bersetuju Amanah bertanding di kerusi mereka pada PRU14. – 29 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perlu-tegah-rundingan-sulit-dengan-umno-amanah-sindir-pas#sthash.VoxiKbin.dpuf
0 Komentar untuk "Perlu tegah rundingan sulit dengan Umno, Amanah sindir PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI