Perlu formula XYZ untuk tawan PRU14 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Perlu formula XYZ untuk tawan PRU14

SHAH ALAM - PKR hari ini mendedahkan beberapa formula untuk pakatan pembangkang memenangi PRU14.

‎Pengarah Strateginya, Sim Tze Zin berkata, formula itu melibatkan kesepaduan parti pembangkang dan beberapa formula lain.

"Kita perlukan formula XYZ, iaitu Pakatan Harapan perlu bekerjasama dengan Pas, PSM, parti-parti lain untuk mengadakan satu gabungan yang utuh, iaitu bagi memastikan satu lawan satu dalam PRU14.

"Kedua ‎ialah kita perlu mendaftarkan pengundi muda, kerana pengundi muda ramai yang menyokong pembangkang.

"Dan formula ketiga ialah kekalkan momentum pemerintahan yang baik di Pulau Pinang dan Selangor, kerana ia menjadi cerminan kepada pembangkang," katanya pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di IDCC Shah Alam hari ini.

Oleh itu, Sim Tze berharap parti pembangkang untuk mengembleng tenaga bagi memastikan keputusan PRU14 memihak kepada pembangkang.

"Kita kena berperang bermula dari sekarang, keluar dari zon selesa, jalankan tanggungjawab anda sekarang," katanya.

0 Komentar untuk "Perlu formula XYZ untuk tawan PRU14"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI