Tiga sebab kenapa Malaysia terima sumbangan RM2.6b - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tiga sebab kenapa Malaysia terima sumbangan RM2.6b

BATU PAHAT - Kesungguhan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kepada keganasan menjadi antara sebab utama penderma dari timur tengah memberikan sumbangan sebanyak RM2.6 bilion sebagai dana politik.

Tujuan utama sumbangan berkenaan diberikan kepada kerajaan yang ditunjangi Umno ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebenarnya ada tiga sebab menjadi punca penyumbang berkenaan menyalurkan 'dana khas' terbabit untuk Malaysia.

Katanya, sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.

" Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain.

"Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.

"...dan yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan sumbangan terbabit juga bukan sahaja diberikan kepada Malaysia sahaja, tetapi beberapa negara lain juga pernah menerima sumbangan yang sama.

Katanya, kewujudan dana politik berkenaan yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bebas 100 peratus bebas dari unsur rasuah itu, turut pernah diteliti salinan asal dokumennya.

“Bukan kita sahaja yang menerima dana seperti ini, malah terdapat dua atau tiga negara lain yang menerima sumbangan secara peribadi daripada penyumbang Arab Saudi ini.

“Saya berharap dengan penjelasan ini semua peringkat termasuklah dari peringkat akar umbi dapat mengelakkan tuduhan yang berunsur fitnah dan penerangan ini cukup jelas serta tidak perlu lagi dipanjangkan,” katanya.

0 Komentar untuk "Tiga sebab kenapa Malaysia terima sumbangan RM2.6b"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI