Mat Sabu Sedia Beri Laluan Kepada Pemimpin GHB Yang Lebih Baik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mat Sabu Sedia Beri Laluan Kepada Pemimpin GHB Yang Lebih Baik

KUALA TERENGGANU: Mohamad Sabu berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) jika jawatankuasa itu mampu mencari pemimpin yang lebih baik dan lebih sesuai.

"Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.

"Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Bekas Timbalan Presiden PAS berkata demikian pada malam Jumaat semasa sidang akhbar yang diadakan selepas pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini.

Sejak GHB telah ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

Ramai yang mengkritik beliau dengan berkata beliau bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah gagal dalam beberapa pilihan raya umum dan dakwaan mempunyai kaitan dengan Syiah.

0 Komentar untuk "Mat Sabu Sedia Beri Laluan Kepada Pemimpin GHB Yang Lebih Baik"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI