Reaksi kepada artikel dalam TMI tentang pengaruh Arabism - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Reaksi kepada artikel dalam TMI tentang pengaruh Arabism

Terbit pemikiran yang mengatakan bahawa pembudayaan arab telah mendominasi masyarakat melayu islam di Malaysia. Dikatakan sedikit demi sedikit terhakis budaya melayu akibat pengeksportan budaya ini yang semakin menular dikalangan masyarakat. Sedikit pun sebenarnya tidak ternampak akan perubahan itu malah tidak logik sama sekali,adapun yang dikatakan perubahan itu hanya lebih menjurus kepada soal2 hukum, aurat & melaksanakan syariat itu sendiri.

Pemikiran2 sebegini adalah sama sekali salah & tidak benar ,malah hanya bertujuan untuk menimbulkan persepsi negetif terhadap islam & pembudayaan islam itu sendiri.Indoktrinasi terhadap muslim telah bermula sejak zaman lampau lagi,malah jika dikaji keadaan di Malaysia boleh diimbau kembali sejarah sejak tahun lepasan merdeka lagi.Boleh dilihat secara jelas keadaan masyarakat melayu islam ketika itu hingga ke awal 80an,bagaimana sikap & perubahan orang2 melayu islam itu sendiri didalam aspek mendalami soal penghidupan islam itu sendiri.Soal berpakaian,cara kehidupan,syariat atau hukum hakam & kaedah dalam menentukan tata cara kehidupan mereka,jauh & jelas berbeza dari tahun selepas merdeka hingga sekarang.Maknanya semakin ramai yang jelas akan pentingnya islam diterapkan dalam kehidupan harian mereka,bukan semata2 hanya pengeksportan budaya arab ke dalam kehidupan masyarakat melayu islam sahaja.
Adalah tidak adil malah tidak cerdik apabila hanya kekurangan tempahan baju kurung serta pemakaian jubah diambil kira sebagai kehakisan budaya melayu serta persamaan pemakaian jubah diantara muslimah PAS &wanita UMNO dianggap persamaan diantara keduanya.Malah ada dikalangan wanita DAP sendiri yang berpurdah serta ramai wanita PKR yang berjubah,cerdikkah dinilai kehakisan budaya melayu dengan cara ini & persamaan diantara satu sama lain akibat pemakaian ini?Malah jika dilihat rata2 bazaar2 ramadhan masih banyak baju2 kurung dijual,malah banyak tempahan baju kurung yang dibuat dikedai2 jahit.Jangan dilupa budaya masyarakat Malaysia,every shopping on last minute u can get a better discount prices & kesuntukan masa untuk menjengah kedai2 jahit akibat masa berkerja & sebagainya,maka lebih mudah & murah membeli yang sudah siap.Maka janganlah diambil alasan dangkal untuk dibuat hujjah & perbandingan yang tidak logik serta tidak masuk akal.

Sepatutnya diambil kira juga budaya barat yang masuk merosakkan budaya & adat melayu,malah boleh dikatakan kerosakkannya teruk serta memberi impak kepada sosio budaya masyarakat melayu islam itu sendiri.Bermula dari selepas merdeka sebagai contoh,dari era twist,hippies & pelbagai lagi sehingga sekarang, cara pengidupan genre2 ini,memdedahkan aurat,kerosakkan moral malah cara berpakaian yang jelas bertentangan dengan budaya melayu,wajarkah itu tidak diambil kira dengan hanya memotifkan budaya arab menghakis adat & budaya melayu,yang mana satukah lebih baik,berpakain menjolok mata atau menutup aurat?adakah denga berskirt pendek tidak menghakis budaya melayu maka dihukum yang berjubah menghakis adat zaman berzaman?Wajarlah mengkaji,jangan dibiarkan logik akal yang dangkal menguasai diri pabila beralasan.Arab tetap Arab,Melayu tetap Melayu malah Barat tetap Barat.

Distabilisasi Fikrah & Pemikiran Terhadap Islam.

Jika diambil kira jumlah pelajar yang pulang dari luar negara,boleh dikatakan yang yang pulang berjurusan agama dari timur tengah masih terlalu kurang berbanding berjurusan lain & dari negara lain,malah boleh dikatakan peratusannya amat sedikit,tidak sampai 20%.Semestinya mereka2 yang pulang dari timur tengah ini,majoritinya berkerja di jabatan kerajaan seperti pendidik malah ramai juga yang berkerja di bidang2 lain disektor swasta,juga harus diambil kira bukan semua yang pulang dari timur tengah berjurusan agama,seperti contoh University Of America di Cairo yang berjurusan akedemik majoritinya.

Begitu juga keadaannya dengan impak dari Revolusi Iran serta Arab Spring,ianya hanya lebih menjurus kepada kesedaran islam semata2,tidak lebih dari itu.Jika dilihat keadaan sebelum itu di Iran & majoriti negara2 yang dilanda Arab Swing,maka boleh dinilai kenapa mereka bertindak demikian.Umpamanya sebagai contoh iaitu korupsi & kekejaman pemerintah, ketidak stabilan sosio ekonomi,pembudayaan luar yang menghakis moral & etika masyarakat yang mana dilihat mereka hanya islam jalan penyelesaian masalah2 ini.Jadi bolehlah dikatakan mereka2 ini mengambil islam sebagai jalan koreksi atau pembetulan dalam soal struktur masyarakat & negara yang mana ianya sangat bertepatan dengan kehendak islam itu sendiri.

Lughah atau istilah2 islam sememangnya lebih sesuai diguna untuk sebutan2 yang mengambarkan keislaman sebagai contoh solat,iftar & sebagainya.Malah ianya tidak salah sama sekali malah lebih tepat dari segi penafsiran dalam kaedah hukum & ayat.Jadi sebenarnya ianya tidak salah malah bertepatan cuma mengapakah seolah2 cuba menggambarkan ianya seolah2 penjajahan budaya arah terhadap kita,tidak pula diceduk pepatah2 inggeris atau bahasa2 lain yang merosakkan bahasa serta budaya kita seperti bro,beb,budaya lepak yang jelas merosakkan bahasa serta budaya melayu itu sendiri.

Mengapa harus diambil negara yang geo politiknya jauh berbeza dengan kita seperti Afghanistan & mengaitkan taliban kepada sikap sesetengah perilaku.Amat jauh berbeza Afghanistan dengan Malaysia,begitu juga sejarah mereka serta budaya & adat mereka.Perilaku,sikap & sejarah orang2 melayu jauh sekali sama dengan mereka.Adakah dengan tidak membenarkan makan dikantin sekolah bagi pelajar2 bukan melayu bulan ramadhan dikatakan talibanisasi atau lebih kepada menghormati sebagaimana2 orang2 melayu islam menghormati agama & bangsa lain dalam sola budaya,adat & agama bukan islam dinegara ini,berakalkah begitu?Mana moral & etika orang2 yang berfikiran sebegini dalam hidup bertoleransi dalam sesebuah negara & sikap orang2 melayu islam itu sendiri dalam menilai agama serta bangsanya seolah menghina & jelik terhadap seagama & sebangsa.Inikah yang dikatakan modenisasi dalam islam sehingga alasan2 yang tidak logik dijadikan hujah menolak seagama & sebangsa.

Jika mahu diambil insiden menyuruh minum air kecil sebagai ekstream & talibanisasi,maka insiden buli disekolah,pelajar mengandung anak luar nikah,melawan & mengugut guru itu adakah tidak dilarang didalam islam,mahu diungkap apa sebegitu?Ianya lebih kepada insan itu sendiri kerana islam tidak pernah mengajar untuk berlaku zalim sesama manusia walau berlainan agama.Maka wajarlah yang berkalam sedar dimanakah bumi yang dipijak.

Malaysia negara berbilang kaum,sikap bertoleransi dalam penghidupan telah lama diamalkan,malah PAS sendiri menghormati apa yang terkandung didalam perlembagaan.Islam juga menuntut keadilan untuk semua tidak kira agama atau pun bangsa.Seolah2 idea2 begini cuba menggambarkan islam di Malaysia sekarang menjurus kepada lebih keras & tertutup yang mana sebenarnya hanya yang berfikiran sebegini keras kepala & cetek pemikiran dalam memahami kehendak islam,mahu dibawa islam mengikut kemahuannya,bukan dia atau mereka yang mengikut islam.Maka tidak hairanlah apabila ada yang bermakmumkan wanita akibat pemikiran2 sebegini,mahu islam mengikut kehendak & citarasa mereka.

Sebetulnya apa yang cuba digambarkan dalam penulisan & idea sebegini adalah seolah2 terdapat persamaan diantara PAS & UMNO sekarang yang mana sebenarnya dusta & palsu semata,PAS tetap PAS maka begitulah selamanya.Pemikiran2 sebegini keluar apabila kehendak2 sebegini tidak tercapai didalam muktamar yang terbaru,maka dicuba pula mencapai agenda dengan intipati tulisan2 sebegini.Tidaklah usah diambil apa yang diucap & dirungkai istilah Islam Nusantara olah Pak Jokowi,Islam dimana pun tetap sama,tidak inklusif atau eksklusif,samada di Arab,Nusantara,Eropah mahupun Amerika.Apa yang terkandung didalam Al Quran & Hadis maka itulah yang menjadi ikutan & taruhan.Sepertimana diajar supaya islam menyesuaikan diri dengan demokrasi yang mana sepatutnya demokrasi itu disesuaikan dengan islam.Cukuplah sudah menjadi tangan2 ghaib yang cuba mencatur PAS dari luar,jangan pula cuba menjadi perosak & pemesong pemikiran didalam masyarakat.Belajar menjadi manusia,jangan jadi anjing & bayang2,tulang tidak dapat,akhirnya basah kelemasan & hampa.

Terus Beristiqamah Hingga Kemenangan.

Ana Realist.
6/7/2015.
( jawapan terhadap artikel dibawah)

0 Komentar untuk "Reaksi kepada artikel dalam TMI tentang pengaruh Arabism"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI