Kontroversi Mara: "Ia Di Luar Pengetahuan Saya" - Shafie Apdal - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kontroversi Mara: "Ia Di Luar Pengetahuan Saya" - Shafie Apdal

BANGI: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, dakwaan terdapat individu tidak berkaitan menandatangani perjanjian salah satu pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia adalah 'di luar pengetahuannya'.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab terhadap Mara itu berkata, kenyataan tersebut hanyalah satu dakwaan dan siasatan belum memutuskan bahawa ia betul.

"Ia di luar pengetahuan saya.

"Apa yang kita tahu perjanjian-perjanjian tersebut dilakukan oleh badan-badan Mara Inc. Sebarang transaksi yang dilakukan sebelum itu adalah di luar pengetahuan saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Penghayatan Wasatiyyah dan Ihya' Ramadan Mara di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan oleh Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli bahawa terdapat dua invidu tidak berkaitan dengan Mara telah menandatangani perjanjian pembelian hartanah 746 Swanston Street di Australia.

Individu berkenaan adalah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid.

Mengenai dakwaan Rafizi bahawa urusniaga pembelian hartanah itu turut melibatkan individu dalam pimpinan Pemuda Umno, beliau berkata, ia hanya satu dakwaan sahaja.

"Saya tak perlu jawab soalan ini, ia hanya dakwaan sahaja.

"Kita tak boleh berpegang kepada tuduhan itu sama ada benar, tak benar, sehingga siasatan selesai.

"Kita tak boleh kata apa yang Rafizi kata itu betul sehingga siasatan. Takkan kenyataan Rafizi sudah konklusif, perlu ada siasatan dan sekarang ia berjalan lancar, berikan masa," katanya.

Beliau berkata, sebarang kemungkinan tindakan susulan terhadap Rafizi ataupun terhadap individu berkaitan Mara yang mungkin didapati terlibat dalam penyelewengan akan dilakukan selepas penemuan dan hasil siasatan selesai.

0 Komentar untuk "Kontroversi Mara: "Ia Di Luar Pengetahuan Saya" - Shafie Apdal"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI