Saya Dikhianati Kerana Sokong Ahmad Awang - Zaidi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Saya Dikhianati Kerana Sokong Ahmad Awang - Zaidi

PETALING JAYA: Akibat lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad menerima padah apabila dikhianati ahli PAS.

Kecewa dengan sikap pengkhianat yang wujud dalam parti politik yang menjadi pilihannya, ahli baharu PAS itu bagaimanapun menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

"Nak pecat, pecatlah," katanya ringkas merujuk kepada laporan muka depan sebuah akhbar harian bahawa wujud gesaan supaya PAS memecat tiga ikon parti itu kerana mengkritik kepimpinan parti.

Ditanya bagaimana kenyataan yang dibuat menerusi aplikasi Whatsapp tersebar hingga mencetuskan kontroversi, Zaidi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Petani berkata, ia disebarkan oleh pihak yang tidak senang dengan pendiriannya.

"Mulanya begini...saya berada dalam sebuah Whatsapp group. Di sana kami membincangkan banyak isu termasuk terbaharu mengenai pemilihan PAS.

"Saya penyokong ustaz Ahmad Awang, jadi sudah pasti saya mempromosikan calon pilihan saya untuk menjadi Presiden.

"Dan bila kita promosikan calon kita, pastinya kita akan kritik calon lawan. Jadi mungkin ada dikalangan ahli group itu yang tak puas hati lalu copy dan paste ke group lain dan sebarkannya secara meluas," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Turut sama menjadi mangsa akibat kritikan dalam kumpulan Whatsapp itu ialah Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat yang juga penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut, Zaidi yang juga pembantu khas kepada Ahmad Awang berkata, sebagai ahli baharu, beliau mahu melihat perubahan dalam PAS.

Akuinya, perubahan itu perlu bermula di peringkat kepimpinan tertinggi PAS termasuk kedudukan Presiden.

"Banyak kepincangan dalam PAS pada masa ini, hala tujunya masih ke belakang. Bagi saya, Presiden PAS harus ditukar dengan yang baharu.

"Pada muktamar yang lalu PAS tegaskan mahu pertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, tapi hakikatnya apa yang berlaku sekarang tidak begitu," katanya.

0 Komentar untuk "Saya Dikhianati Kerana Sokong Ahmad Awang - Zaidi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI