Aishah Fobia, Leman Raja Lawak 'Diusir' Kumpulan Whatsapp - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Aishah Fobia, Leman Raja Lawak 'Diusir' Kumpulan Whatsapp

PETALING JAYA: Gara-gara perbualan tertutup menerusi aplikasi Whatsapp bocor hingga mengundang kecaman pelbagai pihak, dua ikon PAS kini mengambil langkah berhati-hati dalam menyampaikan pandangan.

Bagi penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, beliau bagaikan fobia untuk menyertai mana-mana kumpulan Whatsapp dalam PAS kerana khuatir akan menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong kumpulan tertentu dalam parti itu.

"Please jangan add I lagi dalam apa-apa group Whatsapp," tulisnya di Facebook.

Selain itu Aishah yang menyertai PAS pada Mei 2012 turut melahirkan kekecewaannya secara terbuka, dipercayai merujuk kepada kontroversi yang mendakwa beliau mengkhianati perjuangan parti Islam berkenaan kerana mengkritik pemimpin.

"Disheartened, disillusioned and totally fed up (tawar hati, kecewa dan benar-benar bosan)," luah Aishah menerusi status berasingan di Facebook.

Sementara itu, seorang lagi ikon hiburan PAS, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak mendedahkan beliau dikeluarkan daripada tiga kumpulan Whatsapp akibat kelantangannya.

"Hari ini kena remove tiga group Whatsapp. Sebab lawan kuat sangat. Kalah berhujah depa maki.

"Nak melawak dengan ustaz-ustaz al lebai mercun tak kan boleh kot. Hangpa dengan budak raja lawak pon hangpa angin," katanya di Facebook.

Selain Aishah dan Sulaiman, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad turut menjadi mangsa pendedahan dan penyebaran perbualan dalam kumpulan Whatsapp.

Tindakan mereka yang lantang mengkritik kepimpinan PAS tidak disenangi segelintir ahli parti hingga timbul cadangan supaya ketiga-tiga mereka dipecat daripada PAS.

0 Komentar untuk "Aishah Fobia, Leman Raja Lawak 'Diusir' Kumpulan Whatsapp"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI