Anjur ceramah Anwar: Fahmi hadapi 9 tuduhan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anjur ceramah Anwar: Fahmi hadapi 9 tuduhan


Isu SemasaUniversiti Malaya (UM) mengambil tindakan tatatertib terhadap presiden persatuan mahasiswanya Fahmi Zainol berhubung perhimpunan bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini

Menurut surat jawatankuasa displin pelajar yang diterimanya awal malam ini, presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu akan berdepan dengan sembilan pertuduhan.


Pertuduhan-pertuduhan itu:

1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.

Perbicaraan kes disiplin itu dijadualkan pada 7 November.

Perhimpunan 27 Oktober lalu disertai kira-kira 2,000 pelajar dan aktivis selepas merempuh pintu pagar universiti berkenaan.

Universiti itu menutup pintu masuk utama dari arah Kuala Lumpur bagi menghalang acara tersebut yang tidak mendapat kelulusan pihak pentadbiran.


Fahmi memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa lapan lagi pelajar menerima tindakan tatatertib berhubung program tersebut tetapi hanya beliau seorang yang dikenakan sehingga sembilan pertuduhan.
0 Komentar untuk "Anjur ceramah Anwar: Fahmi hadapi 9 tuduhan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI