Tiada bukti Anwar guna tuala, berus gigi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tiada bukti Anwar guna tuala, berus gigi


BeritaPUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang bukti daripada saksi polis yang menunjukkan perayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan tuala 'good morning', berus gigi dan botol minuman sewaktu berada di dalam tahanan di lokap.

Peguam bela, Sangeet Kaur Deo dalam hujahannya berkata, barangan tersebut diberikan kepada Anwar, 67, bagi mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) tanpa pengetahuan Ketua Pembangkang itu.

"DNA yang ditemui pada barangan adalah sepadan dengan DNA yang ditemui di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang dilabel sebagai 'Lelaki Y," katanya.

Beliau berkata, pihak pendakwaan telah mengaitkan DNA "Lelaki Y" itu dengan Anwar berdasarkan bukti keadaan iaitu hanya beliau sahaja tahanan tunggal pada masa itu.

"Pendakwaan tidak boleh bergantung kepada bukti keadaan ketika terdapat bukti langsung," katanya.

Sangeet berkata, DNA "Lelaki Y" itu tidak semestinya milik Anwar dan berkemungkinan milik sesiapa sahaja. - SH 

0 Komentar untuk "Tiada bukti Anwar guna tuala, berus gigi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI