Seminar Hududullah: Kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Seminar Hududullah: Kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993


Berita"perasmian Seminar Hududullah

Saya membuat catatan selari dalam Seminar Penghayatan Hududullah yang berlangsung di Permai Inn, Kuala Terengganu pada hari Ahad 2 Muharram 1436 H (26 Okt 2014). Kertas kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993: Rang Undang-Undang Persendirian- Selangkah ke Arah Perlaksanaan disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan. Di bawah beberapa point yang sempat saya catat:

-Jenayah syariah terdiri dari hukum hudud, qisas, takzir
-Hukum hudud datang dalam bentuk qat’i dilalah, qat’i thubut. Tiada khilaf di kalangan ulama.
-Hukum Allah berkait puasa, ibadat boleh diterima tetapi kenapa hukum berkait jenayah ditolak.
-Penjajah hapuskan undang-undang Jenayah Islam, diganti dengan undang-undang Inggeris “The Common Law Of England’
-Undang-undang dari England itu sebenarnya asing dari rakyat tempatan, majistret dari England tetapi akhirnya rakyat tempatan boleh terima. Sebaliknya undang-undang Islam pula dianggap asing sedangkan kita beragama Islam

-Di Kelantan, antara sebab rakyat pilih PAS dlm PRU 1990 ialah kerana mahu tegakkan hukum Islam.
-Soalan: Kenapa Kelantan lambat laksanakan hukum Jenayah ini?
-Malaysia negara persekutuan. Undang-undang, kuasa ada 2 iaitu Pusat dan negeri.
Bidangkuasa kerajaan negeri dalam jadual 9-bataskan kepada aspek tertentu
Bidangkuasa kerajaan Pusat lebih besar.
Perkara berkait Jenayah bawah bidangkuasa Pusat.
Halangan 1- perkara 3 dalam Perlembagaan. Agama Islam Agama Persekutuan, tetapi tidak bermaksud negara ini menjadi negara Islam. Islam dalam adat tertentu sahaja. Pemimpin, hakim mentafsirkan perkara 3 sebagai Malaysia sebagai negara sekular.
Cadangan: Perkara 3 mesti ditafsirkan sebagai Islam Agama persekutuan dengan erti Malaysia sebagai negara Islam.
Yang boleh mentafsirkannya ialah hakim di mahkamah.
Halangan ke 2- bidangkuasa Jenayah di bawah bidangkuasa Pusat
Halangan ke 3- akta mahkamah syariah hadkan kuasa mahkamah syariah. Bidangkuasanya hanya berkait dengan urusan kekeluargaan. Hukum yang ada dalam akta mahkamah syariah hanya 3 tahun penjara, 6 sebat, RM5000
Hubungan kerajaan Pusat dan Kelantan genting pada 1993. Pusat bila-bila masa mahu ambil Kelantan. Oleh itu Tok Guru ketika itu bersama pemimpin lain sangat berhati-hati supaya negeri tidak hilang.
Sehingga apabila ada menteri yang buka peluang termasuk Kelantan jika mahu laksanakan hukum Jenayah Islam.
Perkara 76 A (1) boleh digunakan untuk beri peluang kepada Kelantan laksana.
Perlu sokongan 112 undi dalam Parlimen
Ubah peruntukan mahkamah syariah supaya boleh hukum hingga 100 sebatan-simple majority dalam Parlimen
Kelantan buat Manual untuk jatuhkan hukuman kepada penjenayah secara teknikal dibincang. Doktor, mufti dan lain-lain dipanggil, beri pandangan.
(maklumat lanjut boleh didapati dari kertaskerja atau pembentangan melalui youtube yang akan disiar kemudian)

Catatan:
Ustaz Nik Nasri
Ketua Lajnah Media Baharu
DUPNT

12.03 tghri
26 Okt 2014
0 Komentar untuk "Seminar Hududullah: Kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI