PAS belum nampak matlamat jelas PasMa, kata Hadi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS belum nampak matlamat jelas PasMa, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu PasMa ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau turut membidas PasMa yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.

Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli PAS supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.
Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU PAS dengan PasMa yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi  majlis tersebut tidak berhak melarang ahli PAS menghadiri program PasMa.

Semalam, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. – Bernama, 26 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-belum-nampak-matlamat-jelas-pasma-kata-hadi#sthash.nIEfHoXq.dpuf
0 Komentar untuk "PAS belum nampak matlamat jelas PasMa, kata Hadi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI