Hanifa anggap ahli-ahli MSU tidak ada ilmu untuk tafsir undang-undang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Hanifa anggap ahli-ahli MSU tidak ada ilmu untuk tafsir undang-undang


Pendapat

Hanifa menganggap ahli-ahli Majlis Syura tidak mempunyai ilmu untuk mentafsirkan undang-undang. Dia lupa bahawa sebahagian ahli-ahli Majlis Syura juga adalah pakar-pakar yang mengajar undang-undang Islam di Universiti dan mempunyai kemahiran usul fiqh dan kaedah fiqhiyyah yang mengajar kaedah-kaedah tafsiran undang-undang termasuk undang-undang Islam.

Hanifa menganggap Luham memberikan nasihat perundangan kepada MSU. Adakah nasihat itu dihantar secara rasmi kepada MSU atau hanya dilayangkan di udara dengan kenyataan akhbar? Apakah niat di sebalik kenyataan media itu? Menasihat? Atau membangkang MSU???

Jika Hanifa berkata MSU membuat kenyataan terbuka membuat tafsiran maka kami juga berhak membuat kenyataan terbuka! Jawapnya ialah Luham tidak berhak buat kenyataan terbuka kerana ia berupa nasihat dalaman tetapi yang berhak ialah MSU untuk menjelaskan keputusan parti.

MSU boleh mengambil pandangan sesiapa sahaja di kalangan para pengamal undang-undang termasuk Luham. Menariknya pandangan Luham tidak berkredibiliti apabila ia pula dipertikaikan oleh Luham Terengganu dan pengamal undang-undang lain.
0 Komentar untuk "Hanifa anggap ahli-ahli MSU tidak ada ilmu untuk tafsir undang-undang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI