Faedah TG Hj Hadi Jadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Faedah TG Hj Hadi Jadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia

Oleh Jomfikir

1. Ada ruang dan peluang bagi ahli-ahli Umno yg beragama Islam mengiktiraf TG Hj. Hadi sebagai pemimpin dan untuk beralih kepada menyokong PAS dan meninggalkan UMNO. Kalau sudah Kesatuan Ulama Sedunia boleh mengktiraf TG Haji Hadi sebagai ulama dan pemimpin, tak ada sebab mereka dan orang-orang Melayu yang beragama Islam di seluruh Malaysia nak memperlekeh-lekeh TG Haji Hadi kecuali oleh mereka yang sudah bersyaitan.

2. AMANAT HAJI HADI adalah benar mengikut ajaran Islam. Jika amanat tersebut salah mengikut ajaran Islam masakan Persatuan Ulama Sedunia itu mahu melantik beliau sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu. Ini menjadikan isu AMANAT HAJI HADI tidak laku lagi bila dipolitikkan oleh pihak UMNO.

3. Kita akan dapat tahu apakah sikap para mufti di seluruh Malaysia, adakah mereka mengiktiraf dan mahu menghormati TG Haji Hadi sebagai ulama atau oleh kerana merekaberjiwa UMNO mereka tidak akan mempedulikan status yang diberikan oleh Kesatuan Ulama Sedunia itu kepada TG Haji Hadi.

4. Bagi mereka yang suka mengutuk dan memperlekehkan TG Haji Hadi kena berfikir banyak kali sebelum mengeluarkan ktukan atau hendak memperlekeh beliau kerana jika berbuat demikian bererti mereka turut mengukut atau memperlekeh seluruh ulama sedunia yang merubakan "waris Nabi" itu.

5. TG Haji Hadi seharusnya dibenarkan memberi ceramah agama di mana-mana juga di Malaysia dan tidak perlu mana-mana negeri di Malaysia mensyaratkan kepada beliau mesti memperolehi tauliah untuk memberi ceramah agama.

6. Jika kerajaan Malaysia jujur mahu memertabatkan Islam di Malaysia maka wajarlah Tg. Haji Hadi dilantik sebagai ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

*Diangkat dari forum Apakah Faedah Hadi Jadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia? 
0 Komentar untuk "Faedah TG Hj Hadi Jadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI