Guan Eng ibarat cacing kepanasan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Guan Eng ibarat cacing kepanasan





BANGI, 7 Julai – Membuat spekulasi dengan menggambarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya layak menjadi idola kepada Perkasa dan ISMA menunjukkan Lim Guan Eng kini ibarat cacing kepanasan.
“Guan Eng seperti cacing kepanasan. Dia seperti mahu melindungi sesuatu yang bakal terdedah. Bahkan dia seolah-olah seorang pesalah yang mahu menyembunyikan kesalahannya,” kata Naib Presiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang menganggap Timbalan Perdana Menteri  tidak bertanggungjawab dan hanya layak menjadi contoh teladan kepada ISMA dan Perkasa. Ini berikutan kenyataan TPM yang menyeru kepada perpaduan dan tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara.
Menurut TPM, akhir-akhir ini wujud tekanan demi tekanan daripada pelbagai pihak di atas kedudukan Islam seperti ada yang mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan pelaksanaan undang-undang oleh Mahkamah Syariah.
“Respon Guan Eng menunjukkan seakan-akan pihaknya yang dimaksudkan oleh Muhyiddin sebagai pihak yang mempersoalkan kedudukan Islam,” katanya lagi. 
http://www.ismaweb.net/2014/07/guan-eng-ibarat-cacing-kepanasan/
0 Komentar untuk "Guan Eng ibarat cacing kepanasan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI