Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM): Pelan setaraf negara maju - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM): Pelan setaraf negara maju


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
 Mahendar Singh (tengah) dan Pengarah Bahagian Perhubungan
 Industri Jabatan Pendidikan Politeknik, C K Tung (dua dari kanan) 
melihat kandungan buku PPPM 2013-2025 selepas majlis 
pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

Kuala Lumpur: Warga pendidik menyambut baik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mereka anggap sebagai setaraf negara maju.

Mereka juga berpendapat ia suatu pembaharuan serta cabaran kepada pendidik untuk memastikan ia berjaya mencapai matlamat.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Noorul Aini Ambak, berkata PPPM adalah transformasi yang perlu digarap pendidik kerana ia memerlukan komitmen sepanjang tempoh 13 tahun pelaksanaannya.

Martabat profesion guru 

“Pendekatan untuk guru dalam proses pembelajaran yang diperkenalkan dalam PPPM membuktikan komitmen kerajaan untuk memartabatkan profesion perguruan ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing ke peringkat global.

“Saya yakin pelan ini akan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh guru, namun ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan membabitkan diri dalam setiap aktiviti sekolah, sama ada menerusi sokongan moral atau sumbangan kewangan,” katanya.

Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Setapak, Mohd Daud Ismail pula berkata komitmen kerajaan menggalakkan pembabitan pelajar dalam bidang vokasional adalah satu keputusan tepat.

“Penumpuan dalam bidang vokasional adalah pendekatan bagi memberi peluang kepada mereka yang meminati kursus ini berasaskan bakat dan minat mereka yang sememangnya mempunyai pasaran kerjaya yang meluas,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelansetarafnegaramaju/Article
0 Komentar untuk "Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM): Pelan setaraf negara maju"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI