Ketam Konfius Tewas Lagi, Almy Nadia Ke Semut Sentap - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ketam Konfius Tewas Lagi, Almy Nadia Ke Semut Sentap


KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER 2013: Buat kali kedua berturut-turut, pasukan Ketam Konfius tewas lagi dalam pertandingan Super Spontan 2013 untuk minggu kedua sebentar tadi.

Terdahulu, Ketam Konfius telah kehilangan Almy Nadia yang telah berpindah ke pasukan Semut Sentap kerana telah diundi keluar oleh rakan-rakan sepasukannya yang lain akibat mereka tewas minggu pertama yang lalu.

Almy yang sepatutnya tersingkir bagaimanapun diserap masuk ke pasukan Semut Sentap menjadikan Semut Sentap mempunyai kelebihan dari segi ahli.

Tewas buat kali kedua ini menyebabkan anggota-anggota kumpulan Ketam Konfius iaitu Nabil, Suhaimi, Yus, Munir, Along dan Shuib terpaksa memilih seorang lagi anggota mereka untuk disingkirkan pada minggu hadapan.

Sementara itu, Semut Sentap yang menang buat kali kedua berturut-turut telah menerima cek berbentuk sumbangan RM5,000 yang akan diserahkan kepada Yayasan Chow Kit.

Minggu kedua Super Spontan 2013 telah berlangsung dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara dan dihoskan oleh pasangan JoHaRa, Ray dan Haniff dari stesen radio ERA fm. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.

Rancangan ini turut disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Lima sketsa terus dipertandingkan minggu dengan dimulakan dengan Duduk, Bongkok dan Berdiri di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan seorang dari mereka harus duduk, seorang membongkokan diri dan seorang lagi berdiri. Mereka boleh berubah-ubah posisi namun keadaan setiap seorang dari mereka harus mempunyai posisi berbeza.

Permainan kedua ialah Pemberita Berkepala Tiga di mana tiga peserta akan membacakan berita secara bergilir-gilir nama hanya dibenarkan menyebut sepatah perkataan sahaja setiap seorang.

Skrip Rabak menjadi permainan ketiga dan untuk permainan ini, ahli kumpulan Boboi yang juga pengulas Super Spontan 2013, Afdlin Shauki telah tampil sebagai artis undangan. Dua peserta akan diberikan satu situasi dan mereka harus berinteraksi dengan Fizz Fairuz yang akan membacakan skrip yang tertera di atas kertas yang diberikan.

Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dua orang wakil dari setiap kumpulan akan diberikan sejenis peralatan dan mereka harus menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.

Permainan terakhir pula ialah Muzik Video Karaoke, pemain dari pasukan berlawanan harus mengikut arahan dari pengarah yang merupakan ahli kumpulan lain. Dan sebaik muzik dimainkan, mereka harus melakonkan aksi yang diarahkan berulang kali sehingga muzik tamat.

Teruskan menonton Super Spontan 2013 di minggu kedua pada minggu hadapan untuk melihat aksi mereka yang seterusnya.

0 Komentar untuk "Ketam Konfius Tewas Lagi, Almy Nadia Ke Semut Sentap"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI