Tindakan tegas sebar ajaran Syiah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tindakan tegas sebar ajaran Syiah

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TindakantegassebarajaranSyiah/Article

Alor Setar: Kerajaan negeri akan mula mengambil tindakan terhadap pihak, termasuk individu yang dipercayai terbabit dengan aktiviti penyebaran fahaman Syiah di Kedah selepas ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan fasal baru dalam Enakmen Jenayah Syariah, yang diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu.

Katanya, walaupun sebelum ini Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) banyak menerima laporan mengenai aktiviti membabitkan penyebaran fahaman Syiah di Kedah, tindakan tidak dapat diambil kerana tiada peruntukan undang-undang bersesuaian yang boleh digunakan.

Ambil tindakan tegas 

Jika dulu kita serba salah kerana tidak dapat melakukan sebarang tindakan, walaupun menerima banyak laporan mengenai kesalahan individu atau kumpulan yang jelas menjalankan aktiviti penyebaran fahaman Syiah.

Dengan adanya enakmen baru ini, kita yakin tindakan lebih tegas dapat diambil, malah JAIK sendiri mungkin boleh mengambil tindakan berdasarkan laporan yang sudah diterima sebelum ini.

Justeru, mana-mana pihak mahupun individu yang ternyata terbabit dengan aktiviti penyebaran fahaman Syiah mahupun ajaran sesat lain yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini tidak terlepas daripada dikenakan tindakan lebih tegas selepas ini, katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kad ucapan Hari Kemerdekaan daripada peserta Kayuhan Merdeka Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu di Dataran Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Semangat patriotik 

Kira-kira 58 peserta termasuk pelajar, guru dan kakitangan MRSM Kubang Pasu menyertai program Merdeka Ride membabitkan jarak 48 kilometer bermula dari sekolah itu ke Wisma Darul Aman.
0 Komentar untuk "Tindakan tegas sebar ajaran Syiah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI